Trending
Jalan Bukit Bintang Ditutup Tengah Malam Ini! Ada Program Quranic Madani Depan Pavilion
Jalan Bukit Bintang ditutup malam ini sempena program Quranic Madani.
Orang ramai yang bercadang ke pusat bandar malam ini diminta lebih bersedia apabila Jalan Bukit Bintang akan ditutup secara berperingkat bermula tengah malam ini sempena program Quranic Madani ‘Night Reset: Bersatu Dalam Saf @ Bukit Bintang’.
Menurut laporan Kosmo, program tersebut dijadual berlangsung dari pukul 8.30 malam hingga 11 malam di hadapan Pavilion Kuala Lumpur.
Jalan Bukit Bintang ditutup secara berperingkat

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, penutupan jalan akan bermula seawal 12 tengah malam sehingga 5 pagi esok.
Penutupan dan lencongan jalan akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut keperluan semasa sepanjang program berlangsung.
Katanya lagi, jalan akan dibuka semula secara berperingkat bergantung kepada keadaan trafik di lokasi.
Orang ramai digalakkan guna pengangkutan awam

Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, pengguna jalan raya disaran menggunakan pengangkutan awam seperti MRT, LRT, Monorel dan perkhidmatan e-hailing
Selain itu, anggota polis trafik juga akan ditempatkan di beberapa lokasi strategik bagi membantu melancarkan trafik dan memberi panduan kepada pengguna jalan raya.
Pihak polis turut meminta orang ramai supaya mematuhi arahan anggota trafik dan mengamalkan pemanduan berhemah sepanjang penutupan jalan berlangsung.
Pssttt! Sebelum keluar rumah, semak laluan dan rancang perjalanan lebih awal. Sedikit persediaan boleh elakkan stres dan kesesakan di jalan raya.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM