Connect with us

Oh! Media

Serlahkan Kecantikan Sehingga 24 Jam Dengan Koleksi Bloomatte Dari barenbliss (BNB)

barenbliss Bloomatte Series

Branded

Serlahkan Kecantikan Sehingga 24 Jam Dengan Koleksi Bloomatte Dari barenbliss (BNB)

Bila sebut je tentang makeup, mesti ramai antara kita yang menggemari makeup look orang Korea sebab ia kelihatan lebih natural dan sesuai untuk dipakai di mana saja. 

Namun, korang tahu tak, dengan pemilihan alat solek yang sesuai dengan kulit, bukan saja kulit akan kekal sihat, malah makeup korang dapat bertahan lebih lama tanpa sebarang perubahan berlaku. Barulah boleh feeling-feeling seperti artis Korea bila keluar nanti.

Jadi, kalau korang masih belum jumpa lagi alat solek yang sesuai atau nak cuba produk baru, kami sarankan korang untuk gunakan rangkaian produk terbaru daripada jenama Korea barenbliss(BNB) iaitu Bloomatte Series. Jom tengok apa antara kelebihannya!

Diformulasikan Dengan Teknologi Miracle Bloom™ Khas Untuk Semua Jenis Kulit

Kalau korang nak tau apa yang menarik tentang Bloomatte Series ni, ia diformulasikan dengan bahan semula jadi seperti ekstrak bunga tulen sebagai kandungan utama mereka. 

Kandungan ini dapat membantu pengguna memberikan kulit wajah yang lebih anggun serta memberikan perlindungan yang optimum. 

Untuk menghasilkan formulasi Teknologi Miracle Bloom™, mereka menggunakan 5 jenis bunga iaitu bunga raya yang dapat memerangkap lembapan, chamomile yang dapat mengurangkan kemerahan dan mengecilkan pori, camelia yang dapat meningkatkan antioksida dan mencerahkan kulit, magnolia sebagai penghalang pigmentasi, dan calendula untuk mengurangkan rengsa dan melembutkan kulit.

Light It Up Skin Tint Liquid Foundation, Wajah Kelihatan Lebih Natural!

Bila kita sebut saja pasal make up ni, rata-rata antara wanita kalau boleh tak nak pakai heavy-heavy, cuma nak nampak lebih natural. 

Lagipun, bukan senang tau nak cuba buat look natural ni. Sebab ya lah, korang nak kena guna produk dan teknik yang betul. Mesti korang terfikir macam manalah wanita dekat Korea buat make up natural ni senang je kan?

Haa, kebetulan pula baru-baru ni Oh! Media ada cuba Light Up Skin Tint Liquid Foundation dari barenbliss (BNB), tak dinafikan memang sesuai sangat untuk natural make up! Lepas ni korang dah tak perlu pening kepala cari produk yang sesuai. 

Didatangkan dengan 3 jenis shades iaitu 01(Light), 02(Medium) dan 03(Beige), produk terbaru daripada barenbliss(BNB) ni memang sangat senang untuk digunakan tau!

Oh! Media ada la cuba-cuba juga guna skin tint sebab katanya boleh bertahan sehingga 24 jam dan ternyata memang dapat bertahan lama tau, daripada pagi sampailah ke malam, foundation tu masih terletak lagi. Serius best! 

Bukan itu saja, bila tanya team sendiri yang pakai skin tint ni, memang selesa sangat sebab teksturnya ringan dan bila berpeluh, ia tak merosakkan make up look tu. Bestkan?

Apa yang buat kami suka sangat dengan rangkaian Bloomatte Series ni adalah bukan saja ia sesuai untuk semua jenis kulit, malah ia juga mempunyai wangian daripada bunga yang lembut je baunya! 

Tapi, kalau korang lagi suka dengan make up look yang berat untuk tutup cela di wajah, korang boleh saja nak tambahkan lagi beberapa layer pada kulit untuk liputan penuh. Paling penting, Light It Up Skin Tint ni memang boleh capai ikut kehendak korang!

Kulit Kini Kelihatan Lebih Gebu Dari Biasa Dengan Fine to Refine Compact Powder

Bila dah bersolek tu, korang mesti akan touch up sikit guna compact powder sebab nak hilang kulit nampak berminyak selepas berpeluh betul tak?

Haa, dengan Fine to Refine Compact Powder daripada Bloomate Series ni, ia bukan setakat mampu untuk melicinkan kulit, malah mampu mengawal minyak yang berlebihan serta kalis peluh tau. Macam menarikkan?

Memang menarik pun sebab daripada pengalaman team kami sendiri yang ada masalah kulit berminyak, compact powder ni memang bagus untuk mengawal minyak berlebihan tau. Jadi bila touch up balik make up, memang nampak segar semula. 

Paling penting, compact powder ni kecil dan senang untuk di bawa ke mana saja. Jadi, korang lepas ni tak perlukan pun bag yang besar-besar!

Makeup Look Kekal Lebih Lama Dengan True Beauty Inside Cushion

Apa yang menarik perhatian kami dalam Bloomatte Series ni adalah True Beauty Inside Cushion sebab ia tidak berminyak dan tidak capuk bila pakai sebab teksturnya yang ringan serta mempunyai kawalan sebum. 

Ia hadir dengan 3 jenis tona iaitu 01(Light), 02(Medium) dan 03(Beige) serta mampu untuk bertahan selama 24 jam dan kalis air dan peluh tau. Memang function lah make up cushion ni!

Bila sapu pada kulit, ia terus tutup liang-liang pori yang jelas nampak pada wajah. Senang cerita coverage True Beauty Inside Cushion ni memang tiptop lah!

Make up cushion ni dapat membantu untuk menyuburkan kulit serta sesuai sangat untuk digunakan pada semua jenis kulit termasuklah kulit kering, walaupun ianya adalah matte. 

Wajah Kini Lebih Berseri Start-Over Concealer

Produk terakhir yang kami dah cuba sendiri untuk Bloomatte Series ni ialah Start Over Concealer

Apa yang best bila kami gunakan concealer ni adalah ia bukan saja dapat membantu untuk menutup segala lingkaran hitam bawah mata yang biasanya penulis ada, malah dapat memberikan tona kulit yang sekata serta dapat menyembunyikan cela pada wajah. 

Lagi menarik, disebabkan teksturnya yang ringan, ia membuatkan kitorang berasa lebih selesa untuk pakai make up seharian. 

Hadir dengan 3 shade iaitu 01(Cool), 02(Neutral) dan 03(Warm) Korang pilihlah tona mana yang sesuai untuk kulit korang. 

barenbliss(BNB) Dipaparkan Di Majalah Vogue Korea

Kalau nak tau, baru-baru ni juga rangkaian produk barenbliss(BNB) telah dipaparkan di antara majalah terbesar di Korea Selatan iaitu Vogue Korea tau! Wow, bukan senang tau nak masuk majalah besar ni. 

Korang tak perlu terbang pun ke Korea untuk cuba rangkain produk ni sebab ia juga boleh didapati di Malaysia tau! Bestnya!

Tampil Yakin Dengan BNB Bloomatte

Haa, macam-macam kelebihan yang korang boleh dapat kalau guna rangkaian makeup baru daripada  barenbliss (BNB) ni tau. Paling penting, tahap confident korang akan lebih tinggi bila korang pakai nanti!

Tunggu apa lagi, cepat dapatkan sekarang kesemua rangkaian [BNB Bloomatte] sekarang!

Untuk maklumat lanjut tentang produk kecantikan [barenbliss (BNB)] ni, ikuti media sosial mereka di Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas