Connect with us

Oh! Media

barenbliss (BNB) Berry Lip Matte Terhangat Korea, Kini Dah Landing Di Malaysia. Warna Dia Sumpah Cun Gila!

barenbliss (BNB)

Branded

barenbliss (BNB) Berry Lip Matte Terhangat Korea, Kini Dah Landing Di Malaysia. Warna Dia Sumpah Cun Gila!

“Aigooo kiyowooo”

Bila tengok drama Korea atau artis-artis Kpop, Oh! Media selalu tertarik dengan solekan mereka. Warna-warna yang digunakan kelihatan ‘nude’ tapi pada masa yang sama nampak fresh, menjadikan solekan mereka sangat menyerlah.

Kadang-kadang kami cuba juga cari warna macam ni kat pasaran (Yelah, min nak juga nampak cantik artis Korea). Malangnya, susah sangat nak jumpa!

Tapi baru-baru ni, ada satu jenama yang popular dekat Korea barenbliss (BNB) dah masuk pasaran Malaysia. Walaupun masih baru di pasaran Korea, jenama ini dah menang banyak anugerah seperti Editor’s Pick by GlowPick, Beauty+ dan Allure. Wow!

Apa istimewanya barenbliss (BNB) berbanding jenama lain? Haaa.. Kalau korang nak tau,  jenama ni merupakan produk kecantikan hasil kerjasama jurusolek terkenal Korea yang berpengalaman menata rias ramai selebriti popular. Jadi tak hairanlah produk dia cantik dan warna-warna yang ditawarkan semua up-to-date. Memang rugilah kalau korang takde produk BNB ni!

Berry Lip Matte barenbliss (BNB) jadi produk best seller

Dah nama pun produk kecantikan, barenbliss (BNB) menawarkan rangkaian produk kecantikan seperti lip matte, eyeshadow, blusher, eyeliner, micellar water, highlight dan banyak lagi.

Antara semua produk ni, ada satu yang berjaya menarik perhatian kami iaitu lip mattenya. First sekali, kami tertarik sebab packagingnya yang nampak chic dan trendy. Berbentuk segitiga yang minimalis dan penggunaan bekas pink lut sinar, yang membolehkan pengguna melihatkan warna sebenar lip matte yang ditawarkan tanpa perlu mencalit di tangan.

Team Oh! Media telah diberi peluang untuk mencuba sendiri produk lip matte BNB ni, dengan 3 warna bestseller iaitu Berry Set (01), Maple Mingle (04) dan Chapter Nude (06). First kami buka, bau yang menangkap deria kami ialah bau beri yang manis dan menenangkan.

Dari segi tekstur pula, ia menggunakan tekstur silky-matte nya. Satu sapuan dan berikan coverage menyeluruh pada bibir. Kalau korang nak nampak bibir lebih mungil, tambahkan lagi satu layer. Korang tak perlu risau kalau bibir tak selesa, sebab tekstur BNB ni ringan dan takde rasa melekit seperti kebanyakkan lip matte yang lain. Paling penting, rasa lembap kat bibir boleh bertahan sehingga 24 jam.

 100% semulajadi.. Fuhh rasa selamat nak pakai!

Tak dinafikan banyak produk kecantikan di pasaran menggunakan bahan yang berbahaya untuk kos pengeluaran yang murah, tapi  bukan BNB.

Untuk pengetahuan korang bahan utama BNB Berry Lip Matte ni ialah Macademia Organic Oil yang kaya dengan Omega 3 untuk memberikan kelembapan, Vitamin E dan Hyaluronic Acid bagi membantu bibir tampak mungil dan lembap sepanjang hari..

Produk ni juga bebas daripada bahan yang berbahaya seperti paraben, mineral oil,  phthalates, alkohol dan BHA/BHT. Kira kalau pakai memang tak risaulah!

Kalau korang jenis bibir kering, lip matte ni boleh bantu berikan korang rasa lembap. Bukan tu je, muka korang pun nampak berseri, takdelah nampak pucat je!

3 warna ‘best seller’ jadi kegilaan wanita!

Kami ada bagitau yang kami telah diberikan 3 warna best seller lip matte barenbliss ni. Selepas menggunakannya, kami dah tahu kenapa ramai yang jatuh cinta.

First sekali, warna yang trendy dan chic, sesuai untuk semua jenis kulit (susah tau nak cari lip matte jenis macam ni). Setiap warna yang berbeza boleh menaikkan persona yang berlainan dalam diri korang.

Kalau korang nak nampak sweet, korang boleh try kod 01 (Berry Set), untuk penampilan kasual dan nak ‘look’ seharian yang natural tapi pada yang sama fresh, korang boleh menggunakan kod 04 (Maple Mingle) atau 06 (Chapter Nude).

Ramai officemate yang jatuh cinta dengan produk ni tau, siap terus order sendiri!

Serlahkan penampilan yang segar dan trendy dengan BNB 

Jangan lepaskan peluang korang untuk merasai sensasi produk kecantikan yang dah menang banyak award ni sendiri. Dapatkanlah BNB Berry Lip Matte ni dan jadi paling chic dengan senyuman paling cantik sempena Raya!

Nak cantik macam artis Korea? Bertukarlah ke produk barenbliss. Selepas berjaya menawan pasaran Indonesia, korang boleh dapatkan jenama ni secara eksklusif di laman Shopee atau nak mudah KLIK DI SINI.

Info lanjut layari Facebook, Instagram dan  Tik Tok barenbliss Malaysia.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas