Connect with us

Oh! Media

Lightweight & Kawal Minyak. Inilah Sebab-Sebab Kenapa Oh! Media Pilih Compact Powder barenbliss!

Fine to Refine Compact Powder barenbliss

Branded

Lightweight & Kawal Minyak. Inilah Sebab-Sebab Kenapa Oh! Media Pilih Compact Powder barenbliss!

Cakap pasal compact powder ni, confirm korang akan cari yang tahan lama, tak capuk dan tak mudah merekah walaupun seharian pakai betul tak?

Setakat ni korang dah jumpa ke compact powder idaman? Kalau belum, meh kami share dan review satu produk dari Korea Selatan yang confirm akan buat korang jatuh cinta dengan sekali pakai! 

Haa, produk yang kami maksudkan ni tak lain tak bukan Fine to Refine Compact Powder daripada barenbliss(BNB) dan ini 4 sebab kenapa korang wajib cuba!

1. Kawalan Minyak Hingga 24 Jam

BNB Compact Powder mampu untuk mengawal minyak sehingga 24 jam tau.

Ada antara kami yang mengalami masalah kulit berminyak menggunakan compact powder ni dan hasilnya nyata tak menghampakan kerana solekan kekal lama dan segar meskipun selepas dibiarkan seharian.

Compact ini dirumus dengan Organic Miracle Powder yang diimport dari Korea untuk membantu menyerap minyak dan menutup pori-pori untuk kulit yang licin dan flawless sepanjang hari serta tahan lebih lama. 

Kami biasanya menggunakannya untuk touch-up pada sebelah petang dan apa yang best, ia membantu menyerap lebihan sebum, menjadikan penampilan kami kelihatan lebih segar. 

Haa, jadi untuk korang yang mengalami masalah yang sama, kami memang sarankan korang untuk beli dan tengok sendiri keberkesanan produk ni!

2. Compact Kalis Air Dan Peluh

Siapa kat sini selalu struggle dek masalah make up nampak capuk dan merekah disebabkan kekerapan berpeluh atau terkena air? Dah jadi satu masalah untuk pakai semula compact powder tiap kali terkena air betul tak? 

Sekarang ni korang tak perlu risau lagi sebab dengan BNB Compact Powder , korang dah tak perlu lagi nak reapply selalu!

Haritu, kami ada lah keluar beriadah main badminton dan mengejutkan, compact powder ni tak pudar pun walaupun selepas berpeluh dan wajah kami tetap kelihatan matte sepanjang hari. Wow!

3. Make Up Kelihatan Lebih Natural

Antara kelebihan lain yang kami suka adalah ia membuatkan solekan kelihatan lebih natural dengan hanya sekali pakai.

Compact powder ni lightweight dan mampu untuk memberikan medium coverage yang dapat menutup hampir semua cela yang ada pada muka tau. Haa, memang best la bila pakai! 

Selain itu, compact powder ini sangat ringan ini mudah disapu pada kulit dan menghasilkan kemasan solekan matte tanpa minyak. Serbuknya sehalus 0.005mm membuatkan ia boleh mengisi tekstur kulit yang tidak sekata, menutup pori-pori dan memberikan tona kulit sekata dengan lebih berkesan.

Kami memang suka BNB Compact Powder ni memang bedak yang terbaik sebab dengan hanya sekali pakai, ia dapat memberikan look yang menarik dan lebih natural. 

4. Solekan & Penjagaan Wajah Dalam Satu Produk

Haa, siapa yang mengalami masalah kulit kering dan takut nak bersolek, tak perlu risau lagi kerana BNB Compact Powder hadir sebagai penyelamat.

Tengok perbezaan dekat atas, selepas kami pakai compact powder ni, tona kulit kelihatan lebih sekata, cela dan garis halus tertutup serta kulit terasa kurang berminyak. Best tau!

Kalau korang nak tahu, compact powder ni mempunyai tekstur yang bagus untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit dan mengelakkan ia daripada mengering tau, sebab produk ni dihasilkan dengan 5 jenis bunga yang memastikan kulit sihat. 

Ia juga ada fungsi antioxidant  untuk mencegah dari tanda-tanda penuaan, seperti kerutan dan garis halus pada wajah serta dilengkapi dengan SPF 25 PA++.

Compact powder macam ni lah yang kami mahukan!

3 Pilihan Warna Sesuai Buat Pelbagai Tona Kulit

Fine to Refine Compact Powder ni hadir dengan 3 tona warna yang berbeza mengikut kesesuaian kulit iaitu 01 Fair Light Petal sesuai untuk kulit cool pink undertones, 02 Natural Blossom Burst untuk kulit neutral undertones  dan 03 Warm Beige Nectar untuk warm undertones tau. 

Dapatkan Rangkaian Compact Powder barenbliss Sekarang Juga!

Mesti ramai dah lama cari compact powder yang tahan lama ini kan? Sebab itu, kami sarankan korang untuk rebut Fine to Refine Compact Powder dari barenbliss ini.

Sejujurnya, look yang ringan dan tak cakey ini memang menjadi idaman semua tanpa mengira jenis kulit. Paling penting, solekan korang akan kekal berpanjangan tanpa capuk dan merekah walaupun berada di bawah terik mentari.

Dapatkan produk Fine to Refine Compact Powder sekarang dan juga jangan lupa untuk check-out rangkain barenbliss (BNB) Shopee! Ikuti media sosial rasmi barenbliss (BNB) di Instagram, TikTok, Facebook dan YouTube untuk maklumat lebih lanjut.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas