Connect with us

Oh! Media

3 Lokasi Luangkan Masa, Hargai Alam Sekitar Boleh Disertai Weekend Ini

Branded

3 Lokasi Luangkan Masa, Hargai Alam Sekitar Boleh Disertai Weekend Ini

Sebagai insan yang hanya meminjam Bumi dari generasi anak cucu, kita ada pelbagai cara untuk memanfaatkannya. Di sinilah kita tinggal, berlindung, mencari rezeki dan membina keluarga. Bukan sahaja Bumi ini perlu dijaga sebaiknya untuk generasi akan datang, malahan inilah sepatutnya yang perlu kita lakukan.

Tapi macam mana nak mula? Jom sertai kami meraikan Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa bagi menunjukkan komitmen kita semua untuk mencipta alam sekitar lebih baik. Bersempena ini, Gamuda Land menganjurkan beberapa acara menarik bagi menyambut hari berkenaan di Gamuda Gardens, Gamuda Cove dan twentyfive.7.

Ini untuk menunjukkan komitmen Gamuda Land dalam pembangunan lestari. Banyak aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung lebih memahami apa sebenarnya kepentingan kepelbagaian biologi ini. Ajak bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik untuk semua lapisan umur. Jom tengok apa aktiviti menarik di sana nanti.

Gamuda Gardens

Tarikh: 21 – 22 Mei

Masa: 10 pagi – 6 petang

Aktiviti:

21 Mei

Foto untuk tujuan ilustrasi

-Pollinators Nature Hunt by GParks: Aktiviti seakan ‘treasure hunt’ bertemakan alam semula jadi sambil belajar tentang alam.

-Anyaman komuniti Orang Asli di Binturong: Belajar sendiri dari pakar untuk menghasilkan anyaman cantik yang unik dan jarang ditemukan di tempat lain.

-GParks Ranger Roadshow: Roadshow menghiburkan tapi tetap informatif.

-Aktiviti ESG: Macam mana nak masukkan ciri kehidupan hijau dalam hidup? Boleh belajar di sini.

-Ceramah kesihatan & demo jus: Dapatkan info kesihatan dan cara hidup lebih sihat.

-Ride 2 Plant: Kayuh, berjalan atau lari, siap ada ganjaran!

-Bengkel hand sanitizer: Lepas ni tak perlu beli, boleh belajar buat sanitizer dari awal.

Foto untuk tujuan ilustrasi

-Bengkel pertanian urban: Siapa kata tinggal di bandar tak boleh bertani? Jom belajar di sini.

-Farm to plate demo: Bercucuk tanam di taman sendiri, cukup masa boleh makan jasa hasil sendiri.

22 Mei

Foto untuk tujuan ilustrasi

-Nature watercolor painting di GParks

-Anyaman komuniti Orang Asli di Binturong

-My 1st Bee Hotel by BeeSaviour

-GParks Ranger Roadshow

-Aktiviti ESG

-Bengkel hand sanitizer

-Bengkel pertanian urban

-Farm to plate demo

Jangan lupa untuk kumpulkan 5 cop dengan melakukan 5 aktiviti. Poskan gambar di kawasan acara, tag Gamuda Land di Facebook atau Instagram dan hashtag #GamudaLand dan #IBD2022GG dan tebus hadiah misteri dari penganjur. *Tertakluk terma dan syarat.

Kunjungi Gamuda Gardens pada 21 dan 22 Mei bermula 10 pagi untuk menyertai aktiviti disediakan. Klik DI SINI untuk akses lokasi Google Maps.

Gamuda Cove

Foto untuk tujuan ilustrasi

Tarikh: 21 – 22 Mei

Masa: 11 pagi – 6 petang

Aktiviti:

-Pameran terowong flora & arca buluh

-Bengkel biodiversiti: Belajar kepentingan untuk kita memiliki kepelbagaian biologi yang sihat.

-Pengagihan biji benih tumbuhan: Boleh mulakan kebun sendiri di rumah!

Foto untuk tujuan ilustrasi

-Green Market Bazaar: Bermacam produk tanaman untuk dijual, segar-segar semuanya.

-Adopt a plant: Ambil satu tanaman sebagai tanaman angkat.

-Peraduan melukis: Beri peluang anak-anak untuk meneroka sisi kreativiti mereka.

-Nature Rangers Tour: Lawati dan kenali tumbuhan di kawasan sekitar

-Persembahan Orang Asli & pameran kraf tangan: Ayuh melihat lebih dekat keunikan seni kraf tangan Orang Asli, ada juga persembahan istimewa mereka!

Menarik kan aktiviti untuk meluangkan masa dengan keluarga? Jom ke Gamuda Cove pada 21 dan 22 Mei bermula 11 pagi ke atas. Jangan lupa mendaftar kehadiran di LINK ini. Selepas pendaftaran, pengunjung berpeluang mendapatkan baucar Grab, baucar Green Market dan tiket Aerobar, semuanya PERCUMA. *Tertakluk terma dan syarat.

twentyfive.7

Foto untuk tujuan ilustrasi

Tarikh: 21 – 22 Mei

Masa: 5 petang -10 malam

Aktiviti:

Foto untuk tujuan ilustrasi

-Pameran struktur gerbang basikal

-Rumah rama-rama: Pelbagai jenis rama-rama boleh dipelajari dan didekati, anak-anak tentu suka.

Foto untuk tujuan ilustrasi
Foto untuk tujuan ilustrasi

-Zoo mini: Belai haiwan dan bermanja sambil memberi makanan.

-Basikal pengisar hijau: Nak minum jus? Kenalah usaha kayuh sendiri basikal unik ini.

-Bazaar makanan: Lapar? Makanan sedia untuk dibeli & dinikmati bersama.

-Green Market Bazaar: Hasil tanaman segar-segar untuk dimasak.

-Persembahan wayang kulit campuran: Apabila tradisi dan moden bersatu, memang lain dari yang lain!

-Persembahan live band: Boleh berhibur setelah seharian beraktiviti.

-Bengkel kanak-kanak: Aktiviti menyeronokkan untuk anak-anak belajar benda baru.

Foto untuk tujuan ilustrasi

-Persembahan muzik bahan kitar semula: Lepas ni mungkin pengunjung pun boleh dapatkan idea buat alat muzik sendiri di rumah?
Semua ini dan banyak lagi menanti pengunjung pada 21 dan 22 Mei 2022 (Sabtu & Ahad) di twentyfive.7 Experience Gallery dari 5 petang hingga 10 malam. Jom beramai-ramai ke sana meriahkan suasana dan sertai aktiviti menarik bersama keluarga.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas