Connect with us

Oh! Media

Nak Tampil Menawan Raya Nanti? Jomlah Ke Curvena, Selulit Hilang Badan Pun Langsing!

Branded

Nak Tampil Menawan Raya Nanti? Jomlah Ke Curvena, Selulit Hilang Badan Pun Langsing!

Kesibukan kerja atau menguruskan rumah tangga sering menyebabkan kaum wanita terlupa pentingnya penjagaan diri. 

Bila penjagaan diri terabai, timbullah isu badan asyik lemah dan lesu, kurang bersemangat kadang-kala sampai tak sedar berat badan dah bertambah.

Usah risau, kembalikan semula keyakinan dengan penjagaan diri di Curvena, pusat kecantikan yang membantu memulihkan rasa kelesuan dan juga pakar melangsingkan tubuh badan menggunakan teknologi terkini.

Curvena pakar memahami wanita

Ada pepatah yang mengatakan hanya wanita yang dapat memahami isi hati sebenar dan apa yang diingini oleh wanita lain.

Jadi tidak hairanlah jika pusat kecantikan Curvena yang baru diperkenalkan di Malaysia tahun lalu kini menambah cawangan terbarunya di Boulevard Mid Valley Megamall. 

Ini pasti berita baik buat kaum wanita yang ingin memanjakan diri dan pada masa yang sama inginkan privasi kerana pusat kecantikan ini dikhususkan hanya untuk wanita sahaja tau!

Bukan itu saja, pusat kecantikan Curvena ini juga sangat menitikberatkan dekorasinya. Dekat mana-mana sudut nak ambil gambar pun memang cantik. 

Tawar penyelesaian masalah wanita

Curvena menawarkan menyelesaikan kepada masalah yang sering dihadapi kaum wanita seperti berat badan berlebihan, toksin dalam badan, hormon tidak teratur, selulit selepas bersalin dan rasa lenguh.

Antara servis popular yang ditawarkan di Curvena ialah terapi penstabilan hormon di mana pelanggan akan merasai pengalaman baru memanjakan diri selama 150 minit dengan 5 rawatan yang berbeza.

Bermula dengan mandian wap, masker halia akan dilumurkan ke tubuh badan, diikuti urutan dilakukan bagi menghilangkan sel kulit mati, kemudian mandian Spice Essence dan diakhiri dengan Bio-microcurrent bagi mengembalikan keanjalan kolagen.

Selain itu terdapat juga servis pembentukan semula tubuh (Instant Recurve Body Contour) dan urutan saluran limfa menggunakan fork (Magneto Fork Lymphatic Drainage Massage) yang dapat membantu melancarkan peredaran darah dan menghilangkan kelesuan.

Perkhidmatan lain yang ditawarkan di Curvena

  • Pelangsingan
  • Detox Badan
  • Imbangan Hormon
  • Pengurangan Berat Badan
  • Tanda Anti-Regangan
  • Kawalan Selulit
  • Toning Badan
  • Mengekalkan Bentuk Badan yang Ideal

Dengan pembukaan cawangan terbaru Curvena di Boulevard Mid Valley Megamall, pelanggan semestinya dapat menikmati penjagaan diri dalam suasana tenang seperti berada di oasis disebalik kesibukan kota.

Cawangan baru Curvena ini mempunyai keluasan 1,859 kaki persegi dengan pelbagai ruangan penjagaan diri yang mewah.

Peralatan berteknologi tinggi

Bukan itu sahaja, Curvena juga menggunakan peralatan yang berteknologi tinggi bagi membantu menyelesaikan masalah wanita. 

Ini termasuk mesin InBody 770 yang memberikan analisis yang tepat dan tidak invasif mengenai berat badan individu. Terdapat juga mesin kapsul Photon Rays dan mesin C-Light yang membantu untuk pembakaran lemak.

Tak perlu bimbang, mesin yang digunakan telah terbukti keberkesanannya dan juga disesuaikan dengan keserasiannya badan Asia sebelum diimport. 

Selain di Mid Valley, Curvena turut mempunyai dua cawangan lain Tropicana Gardens Mall dan Publika. Jadi tunggu apa lagi jom tempah slot penjagaan diri korang! Untuk maklumat lanjut, layari www.curvena.com / whatmakesawoman.curvena.com.

Cawangan Mid Valley

Alamat: Unit 51-G, The Boulevard @ Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra 59200 Kuala Lumpur

No.telefon: 03-2703 3103

Cawangan Publika

Alamat: Lot No.33A & 34, Level G3 Publika Shopping Gallery, Solaris Dutamas, Nombor 1, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur

Nombor telefon: 03-6413 0134

Cawangan Tropicana Gardens Mall

Alamat: Lot 1F 35&36, Tropicana Gardens Mall, No.2A, Persiaran Surian, Tropicana Indah 47810 Petaling Jaya Selangor

Nombor telefon: 03-7660 4787

Waktu operasi: 11.00 pagi hingga 8.00 malam (hari kerja), 10.00 pagi hingga 6.00 petang (hujung minggu)

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas