Connect with us

Oh! Media

Lee Zii Jia Bawa Pulang Wang Insentif Sebanyak RM30,000

Oh! Lifestyle

Lee Zii Jia Bawa Pulang Wang Insentif Sebanyak RM30,000

Seperti yang dijangkakan, jaguh badminton perseorangan negara Lee Zii Jia pasti menerima habuan yang lumayan sebaik sahaja pulang ke Malaysia dengan kejuaraan di All England 2021.

ADVERTISEMENT

Zii Jia yang berjaya menewaskan Viktor Axelsen dipentas akhir menerima wang insentif sebanyak RM30,000 daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan telah disampaikan sendiri Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria di Akademi Badminton Bukit Kiara.

Selain Zii Jia, pasukan beregu wanita negara, Pearly Tan dan M Thinaah turut menerima insentif selepas merangkul gelaran juara di Terbuka Switzerland sebanyak RM15,000.

Anak jati Kedah Zii Jia juga akan menerima insentif khas dari kerajaan negeri Kedah selepas berjaya mengharumkan nama negara dan negeri itu.

Kredit: Badminton Association of Malaysia – BAM

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas