Trending
“Crepe Yang Saya Tahu Ada Buah-Buahan” – Krim Dan Gula Semata-Mata, Dr Rafidah Tegur Bahan Crepe Viral
Oleh
Di aplikasi X, tular rakaman video memaparkan pembuatan crepe viral yang didakwa diperbuat daripada krim dan gula semata-mata.
Walaupun dah tahu manis, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia tergilakan makanan sebegitu sehingga sanggup mengabaikan kesihatan diri.
Ini crepe yang digila-gilakan tu. krim+gula semata-mata pic.twitter.com/VDlVzdq8Mm
— Picky (@pickyhn) February 18, 2023
Memberi respon kepada video tular, pakar perubatan terkenal, Dr Rafidah Abdullah berkata, makanan itu berisiko mengundang pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis dan sebagainya.
Kata Dr Rafidah, crepe yang beliau tahu mengandungi makanan sihat seperti buah-buahan bukannya seperti video tular itu.
Crepe yang saya tahu ada buah2an. Bukan seperti ini – macam mengundang kencing manis dan penyakit kronik sahaja. https://t.co/UYwoFRbSHO
— Dr Rafidah Abdullah (@rafidah72) September 30, 2023
Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang ditinggalkan para pengguna media sosial. Rata-ratanya meluahkan rasa bimbang dengan trend terkini di mana orang ramai sanggup beratur untuk makanan tidak berkhasiat.




Kalau nak makan sekali sekala apa salahnya kan? Tetapi orang ramai dinasihatkan untuk menjaga kesihatan diri supaya tidak merana kemudian hari.
BACA: Doktor Tegur Banyak Sangat Minyak, Khairul Aming Beri Pandangan Dari Dua Perspektif
Kredit: Dr Rafidah Abdullah via aplikasi X
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
