Umum sedia maklum, anxiety atau kegelisahan merupakan masalah emosi semula jadi yang dialami oleh hampir setiap individu.
Memetik laporan Hello Doktor, kebimbangan atau kegelisahan adalah tindak balas biasa dan automatik yang dicetuskan oleh badan apabila terasa terancam atau di bawah tekanan.
Namun, masalah ini berada di tahap serius apabila ianya berlaku berterusan sehingga mengganggu kehidupan seharian (gangguan kegelisahan).
BACA: Ini 5 Punca Utama Boleh Terkena Serangan Anxiety
Di TikTok, seorang doktor perubatan dikenali sebagai Dr. Mansor bin Ramli menceritakan pengalaman berdepan dengan seorang pesakit anxiety lebih kurang 10 tahun yang lalu.
Kongsinya, pesakit itu mengadu mengalami masalah kembung perut, angin, gerd dan gastrik. Dia telah berjumpa doktor pakar termasuk menjalani rawatan lanjut tetapi tidak pulih.
Dia juga telah mencuba pelbagai jenis ubat-ubatan tetapi hasilnya tak seperti yang diharapkan. Pesakit berusia 26 tahun itu berkata, keadaannya akan pulih apabila memakan nasi meskipun tanpa lauk.
Saya akan bawa nasi ke tempat kerja saya, lebih kurang 2-3 jam, saya akan ada masalah angin. Saya ambil nasi suap satu mulut, dah cukup angin hilang.
Dengan kepakaran dan pengalaman yang ada, Dr Man merasakan pesakit ini ada masalah anxiety. Mindset juga membuatkan pesakit ini percaya dia perlu makan nasi untuk pulih.
Doktor kemudian memberi beberapa pil Xanax kepunyaannya namun label pada ubat dikikis terlebih dahulu. Selepas beberapa ketika, pesakit berkata sakitnya hilang selepas makan ubat yang diberi.
Kali ketiga dia datang, dia kata dah tak nak ubat. Ada satu biji staf saya kikis ubat tu tapi nama tertinggal. Katanya, ubat doktor ni nama Xanax, ubat untuk anxiety bukan ubat angin atau gerd, bukan ubat kembung perut. Saya tak nak ubat doktor ni.
Dr Man mahu memberi jalan penyelesaian merawat anxiety tanpa ubat tetapi pesakit menolak kerana yakin hanya kembung perut biasa.
Tonton video penuh:
Sehingga kini, Dr Man percaya pesakit itu masih makan nasi untuk merawat masalah angin yang dihadapinya. Setakat ini, video perkongsian Dr Man telah meraih lebih 1 juta tontonan dan 1 ribu komen.
Kredit: TikTok drman.ttdii
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.