Connect with us

Oh! Media

Wanita Mali Lahirkan Sembilan Anak Kembar Dibenarkan Pulang, Bayi Semakin Sihat

Article 3 28 10

Trending

Wanita Mali Lahirkan Sembilan Anak Kembar Dibenarkan Pulang, Bayi Semakin Sihat

Seorang wanita bernama Halima Cisse yang berjaya melahirkan sembilan anak kembar kini dibenarkan pulang ke negara asalnya, Mali.

BACA: Disangka Tujuh, Wanita Mali Lahirkan Sembilan Anak Kembar

Menurut Harian Metro, semua sembilan anak kembar Halima Cisse akan dibenarkan pulang tidak lama lagi selepas doktor berpuas hati dengan tahap kesihatan bayi itu.

IKLAN

Lima perempuan empat lelaki

409833

Kesemua bayi kembar ini merupakan kelahiran memecah rekod dunia pada bulan Mei lalu. Sembilan bayi itu terdiri daripada lima perempuan dan empat lelaki.

Selain Halima dan suaminya, Kader, bayi-bayi itu turut dijaga oleh empat orang jururawat selama 24 jam. Demi mendapat proses kelahiran dan fasiliti yang lebih baik, mereka telah mendapat rawatan di Maghribi sejak Mei lalu.

Kerajaan Mali telah menanggung kesemua kos rawatan hospital yang dianggarkan bernilai 1 juta pound sterling, bersamaan kira-kira dalam RM5.7 juta.

Mereka semakin sihat dan kuat setiap hari disebabkan pemantauan rapi dan akan dibenarkan pulang ke rumah tidak lama lagi. – Kader

Kader dan Halima kelihatan ceria apabila mereka akan dibenarkan pulang bersama 9 anak kembar tidak lama lagi. Hal ini kerana, berat dan kesihatan bayi mereka sudah menunjukkan progress baik.

Semoga Halima dan keluarga terus kekal sihat dan ceria. Bukan senang nak jaga sembilan anak dalam satu masa. Sama-sama kita doakan agar Tuhan beri ketabahan buat Halima dan Kader dalam membesarkan rezeki kiriman Tuhan ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas