Connect with us

Oh! Media

“Saya Tak Ada Niat Hina B40” – Opah Strawberries Mohon Maaf, Dakwa Rakaman Tersebar Telah Dimanipulasi

Ohmedia opah

Trending

“Saya Tak Ada Niat Hina B40” – Opah Strawberries Mohon Maaf, Dakwa Rakaman Tersebar Telah Dimanipulasi

Kak Ika mohon maaf dan nafi dakwaan menghina golongan B40.

Baru-baru ini, tular di media sosial isu dikaitkan dengan pemilik kedai scones popular di Cameron Highlands yang didakwa memaki hamun orang ramai yang dikatakan membuatkan jalan raya di Cameron Highlands sesak.

Kak Ika atau nama penuhnya Zamzam Zulaikha Abu Shah juga dikatakan membalas komen pengguna media sosial dengan nada kasar.

BACA: “Siapa Yang Buat Jam Ni?” – Kedai Popular Di Cameron Highlands Dikecam Selepas Owner Didakwa Maki Hamun Netizen

IKLAN

Terbaru, Kak Ika akhirnya tampil memohon maaf di atas apa yang berlaku. Dia telah menghantar mesej kepada akaun-akaun media sosial yang terlibat menyesali perbuatannya.

Kak Ika akui salah membalas komen dengan bahasa kasar

kak ika

Kak Ika mengakui cara dia membalas komen ketika itu tidak sepatutnya berlaku dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tindakannya.

Bagaimanapun, sebahagian daripada mesej tersebut dikatakan masih berada dalam ruangan Message Request dan belum dibuka oleh penerima.

Opah S 1

Selain isu itu, Kak Ika juga menjelaskan dakwaan menghina golongan B40. Menurut wanita ini, kenyataannya dalam siaran langsung telah dipotong dan disebarkan di luar konteks.

Jelasnya, kenyataan mengenai ‘bangsa-bangsa yang masuk’ ketika sesi LIVE bukan merujuk kepada golongan B40. Sebaliknya, ditujukan kepada akaun luar negara yang sering memasuki siaran langsung miliknya dan mengambil Treasure Coin atau Treasure Box yang disediakan untuk pengikutnya.

Opah S 2

Menurut Kak Ika, perkara tersebut sudah berlaku beberapa kali sehingga menyukarkan pengikutnya sendiri untuk mendapatkan hadiah yang disediakan.

Malangnya, sebahagian rakaman yang tersebar telah dimanipulasikan oleh media-media tentang B40 sedangkan saya tidak mengaitkannya.

Bagi mengelakkan kekeliruan terus berlaku, Kak Ika berkata, dia akan berkongsi rakaman sesi LIVE yang menunjukkan dirinya menyebut Vietnam dan Thailand, bukannya B40.

Opah S 3

Video LIVE yang ditularkan asalnya adalah 6 jam 15 minit, dan ini sahaja bahagian yang saya ada sebut mengenai B40. Jelas saya tidak langsung menghina tetapi difitnah sebaliknya.

Menurutnya, tuduhan mengatakan dia menghina atau menjatuhkan golongan B40 adalah tidak berasas. Kak Ika turut berharap masyarakat dapat menilai keseluruhan konteks rakaman tersebut sebelum membuat sebarang kesimpulan.

cameron highlands
maaf

Dia turut menjelaskan bahawa dirinya bukan dilahirkan dalam keluarga berada dan tidak mempunyai niat untuk menghina, merendahkan atau memperlekehkan golongan B40.

Pssttt! Permohonan maaf dan penjelasan perlu dinilai secara adil, namun individu berpengaruh tetap perlu lebih berhati-hati ketika berkomunikasi. Dalam dunia media sosial, rakaman yang dipotong boleh membentuk persepsi berbeza, tetapi pemilihan kata-kata juga memainkan peranan besar dalam mengelakkan salah faham.

Kredit: Thread Kak Ika
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas