Connect with us

Oh! Media

Disangka Tujuh, Wanita Mali Lahirkan Sembilan Anak Kembar

Malian Women

Umum

Disangka Tujuh, Wanita Mali Lahirkan Sembilan Anak Kembar

Seorang wanita yang berasal dari Mali, Afrika, gempar selepas melahirkan anak kembar sembilan pada selasa lalu selepas disangka sebelum ini akan melahirkan tujuh anak kembar.

Kerajaan Mali telah menerbangkan Halima Cisse, 25, ke negara Magribi pada 30 Mac yang lalu agar penjagaan yang baik dapat diberikan kepada ibu ajaib itu.

Pada awal pemeriksaan ultrabunyi di Mali dan Magribi, doktor menyangka bahawa Cisse akan melahirkan anak kembar tujuh. Selepas kelahiran bayi-bayi itu, ternyata wanita tersebut mengandungkan sembilan anak kembar.

IKLAN

Jurucakap kementerian kesihatan Maghribi, Rachid Koudhari berkata, kes yang membabitkan wanita mengandungkan anak kembar tujuh adalah sangat jarang, tetapi kes yang melibatkan sembilan anak kembar merupakah perkara luar biasa.

Mali baby
Empat daripada Sembilan anak kembar yang dilahirkan

Beliau turut berkata, beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai kelahiran kembar dalam jumlah itu di salah satu hospital negara berkenaan.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Mali, Fanta Siby berkata, wanita terbabit berjaya melahirkan lima wanita dan empat lelaki.

Halima Cisse telah melahirkan sembilan anak kembar iaitu lima orang wanita serta dua orang lelaki dan keadaan mereka dalam keadaan baik dan stabil.

Mereka ( Halima Cisse dan anak-anaknya) akan kembali ke tanah air dalam beberapa minggu lagi.

Doktor sebelum ini pernah berkata bahawa khuatir terhadap keselamatan wanita terbabit selain turut menyatakan peluang bayi-bayi untuk selamat adalah tipis.

Walaubagaimanapun, Siby mengucapkan tahniah kepada pihak perubatan Mali dan Magribi kerana berjaya dalam membantu proses kelahiran sembilan bayi kembar tersebut.

Kredit: Harian Metro, NST

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas