Connect with us

Oh! Media

Wanita Dakwa Diserang Selepas Dedah Latar Belakang Aktivis Rohingya Noor Azizah

Ohmedia noor azizah

Trending

Wanita Dakwa Diserang Selepas Dedah Latar Belakang Aktivis Rohingya Noor Azizah

Isu Noor Azizah Rohingya terus hangat apabila seorang wanita di Threads tampil mendakwa dirinya diserang

Isu melibatkan aktivis Rohingya, Noor Azizah nampaknya masih belum reda apabila seorang wanita di Threads tampil membuat perkongsian panjang mengenai perkara itu.

Dalam hantaran tersebut, wanita berkenaan mendakwa ada pihak cuba menyerangnya semula selepas dia mempersoalkan naratif yang dibawa sebelum ini. Katanya, dia tidak berselindung di sebalik akaun palsu, sebaliknya tampil menggunakan akaun sebenar dan gambar profil sendiri.

Wanita tampil dedah Noor Azizah guna akaun sebenar

Telegram cloud  size 4 5885106116633497033 w
Kenyataan Noor Azizah sebelum ini

Menerusi perkongsian itu, wanita berkenaan berkata dia sedar ada dua akaun yang cuba mempertikaikan semula cerita yang dikongsikan mengenai keluarga Azizah.

IKLAN

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila dia menegaskan dirinya tidak berselindung atau menggunakan identiti palsu ketika bersuara dalam isu ini.

Saya ingin katakan bahawa saya berada di sini menggunakan akaun sebenar saya dengan gambar profil sebenar. Saya tidak bersembunyi di sebalik profil palsu.- Katanya.

Dalam masa sama, dia turut mendakwa ada pihak cuba memutar isu tersebut dengan menuduhnya mencari populariti.

Bukan guna isu Noor Azizah untuk dapat perhatian

Wanita itu menafikan dakwaan kononnya dia menggunakan isu Noor Azizah Rohingya untuk mendapatkan perhatian ramai.

Sebaliknya, dia berkata perkara utama yang ingin ditegaskan adalah soal kejujuran dalam membawa sesuatu perjuangan atau advokasi.

Perkara paling penting yang saya mahu tekankan adalah kepentingan untuk tidak membesar-besarkan cerita dan menipu ketika cuba memperjuangkan sesuatu.- Katanya.

Menurutnya lagi, isu Rohingya masih boleh dibincangkan tanpa perlu menyeret nama mana-mana negara atau memburukkan pihak lain.

Bimbang sentimen makin panas

Ohmedia noor azizah

Dalam perkongsian sama, wanita itu turut mengingatkan bahawa tindakan sesetengah pihak boleh memberi kesan lebih besar kepada komuniti Rohingya sendiri.

Katanya, dalam keadaan sentimen terhadap Rohingya semakin meningkat, cara sesuatu isu dibawa boleh membuatkan usaha menjaga keselamatan komuniti itu menjadi lebih sukar.

Dengan sentimen kebencian terhadap populasi Rohingya yang semakin meningkat, tindakan mereka telah membuatkan usaha untuk memastikan keselamatan masyarakat Rohingya menjadi jauh lebih sukar.- Katanya.

Dia turut mendakwa Azizah kini sudah ‘menghilang’ dan memilih untuk menggambarkan dirinya sebagai mangsa serangan siber, sedangkan menurut wanita itu, isu berkenaan bermula daripada tindakan Azizah sendiri.

Minta orang ramai jangan cetus kebencian

Walaupun tampil lantang, wanita itu pada akhirnya meminta orang ramai supaya tidak menggunakan pendedahan yang dibuatnya untuk mencetuskan kebencian atau keganasan terhadap mana-mana pihak.

Dia juga menolak gelaran berlebihan yang diberikan kepadanya dan mengingatkan semua pihak supaya bertanggungjawab dengan tindakan masing-masing.

Saya juga berharap korang semua tidak menggunakan segala kebenaran yang saya dedahkan dalam hantaran saya mengenai Azizah untuk mencetuskan kebencian atau keganasan terhadap orang yang tidak bersalah.- Katanya.

Pssttt! Isu macam ni memang mudah jadi panas, lagi-lagi bila melibatkan komuniti dan sentimen orang ramai. Apa pun, jangan cepat hukum satu kaum atau satu kelompok hanya kerana tindakan beberapa individu. Baca, nilai dan jangan sampai emosi kita pula jadi minyak atas api.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas