Trending
“Saya Maafkan Pak Cik, Anggap Macam Ayah Saya” – Dipukul Warga Emas, Tindakan Lelaki Ini Dipuji
Lelaki ini pilih memaafkan selepas warga emas terbabit tampil menyerah diri.
Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman video menunjukkan seorang lelaki tiba-tiba diserang warga emas ketika beratur membeli nasi lemak di Puncak Alam, Selangor.
Insiden dipercayai berpunca daripada lelaki terbabit yang terbatuk secara tidak sengaja.
Terbaru, lelaki dikenali sebagai Ahmad Zhafri berkongsi perkembangan terkini kes. Menurutnya, warga emas berkenaan sudah tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh untuk memberikan keterangan selepas hampir tiga hari kejadian berlaku.
Warga emas tampil serah diri
Ahmad Zhafri mengucapkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia, khususnya Unit Siasatan Jenayah IPD Sungai Buloh, atas usaha mengesan individu terbabit.
Kes itu selesai secara baik selepas Ahmad Zhafri mengambil keputusan untuk memaafkan individu terbabit dengan hati terbuka.

Tindakannya memilih untuk tidak membalas dengan kekerasan turut mencuri perhatian kerana dia percaya saluran undang-undang merupakan jalan terbaik untuk menyelesaikan perkara tersebut.
Menurutnya, keputusan tersebut mungkin tidak memuaskan hati semua pihak. Namun, sebagai seorang anak, suami, bapa, Teknologis Profesional dan pekerja sektor korporat, dia percaya tindakan berlandaskan undang-undang lebih baik daripada membalas dengan kemarahan.
Lelaki itu berharap individu terbabit menjadikan apa yang berlaku sebagai satu pengajaran dan tidak mengulangi perbuatan sama pada masa akan datang.
Bagaimanapun, dia menegaskan bahawa dirinya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sewajarnya sekiranya insiden serupa berulang.
Pssttt! Memaafkan bukan bermaksud membenarkan kesalahan berlaku, tetapi memberi peluang kepada seseorang untuk belajar dan memperbaiki diri. Apa juga perselisihan, serahkan kepada pihak berkuasa dan jangan bertindak mengikut emosi.
Kredit: Facebook Ahmad Zhafri Samsudin
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
