Connect with us

Oh! Media

Kakak Kapten Zaharie Ahmad Shah Mula Buka Mulut

Umum

Kakak Kapten Zaharie Ahmad Shah Mula Buka Mulut

Kakak kandung juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah,
akhirnya tampil ke hadapan demi mempertahankan adiknya dari terus
didakwa sebagai individu yang bertanggungjawab ke atas kehilangan
pesawat tersebut.

ADVERTISEMENT

Sakinah Ahmad Shah yang selama ini memilih langkah untuk berdiam diri
dengan segala dakwaan dan spekulasi mengaitkan Zaharie dengan kehilangan
MH370 memilih untuk bersuara menerusi satu temubual dalam program ‘The
Mystery of MH370’ bersama sebuah rancangan televisyen NewsAsia Channel.

“Individu yang merancang semua ini mestilah seorang yang cerdik dan
bersifat ‘Einstein’. Tak akan ada individu yang sanggup memanjangkan
masa penerbangan sehingga empat, lima atau enam jam hanya untuk
melakukan misi bunuh diri.

“Dia (Zaharie) hanya seorang lelaki yang terlalu meminati dunia
penerbangan, dia banyak menghabiskan masa dan duit dengan membeli
model-model kapal terbang.

“Kalau boleh, dia mahu pasang sayap pada badannya dan terbang. Itu
menunjukkan bahawa dia terlalu meminati dunia penerbangan,” katanya
menerusi temubual tersebut.

Persoalan demi persoalan mula dibangkitkan sejak kehilangan MH370
menjadi sebuah misteri sehingga membabitkan kerjasama dan siasatan yang
melibatkan 26 buah negara berbeza.

Juruterbang pesawat tersebut, Zaharie turut menjadi suspek utama bagi insiden kehilangan kapal terbang itu.

MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk anak kapalnya hilang sejak 8
Mac lalu dan usaha bagi mengesan pesawat tersebut masih dijalankan
sehingga kini.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas