Oh! Artis
“Kambing Perap Tak Sampai 150g, Rasa 1/10” – Zara Zya Tampil Bersuara Bila Pelanggan Kritik Makanan Tak Sedap
Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang pelanggan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kambing perap yang dibelinya di Bazar Ramadan Jalan Kebun.
Apa yang menjadikan perkara ini lebih hangat adalah juadah itu sebenarnya dijual oleh pelakon terkenal, Zara Zya.
“Berat tak sampai 150g, rasa pun 1/10?”
Menerusi satu hantaran yang tular, pelanggan tersebut mendakwa kambing agak sedikit dan rasanya langsung tak memuaskan. Iyalah, tergamak pelanggan bagi rating 1/10 je?
“50 gram sekali dengan kubis mungkin. Lepas buang kubis jadi 130 gram. Rasa dia 1/10. Masa beli memang tak boleh tengok isi sebab dia dah siap packing. Kita tinggal bayar saja.
Katanya lagi, dia tak dapat melihat makanan sebelum membeli kerana telah dibungkus siap-siap.
Zara Zya tampil tenang tapi tegas

Tak berdiam diri, Zara Zya atau nama penuhnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin atampil memberikan respon balas di akaun Facebook miliknya.
Terima kasih untuk semua yang komen, apa yang tak baik saya akan perbaiki. Kalau nak yang solid puas hati beli yang frozen punya ya, RM59 untuk 1.2kg. Tak ada sayur kubis yang potong macam orang malas dan sos pun asing.
Walaupun tenang menerima kritikan, Zara turut menasihati agar pembeli tidak menghasut orang lain sekiranya tidak berpuas hati dengan jualannya.
Sebelum ini, tular di TikTok apabila gerai kambing perap milik Zara di Bazar Ramadan Jalan Kebun, Shah Alam mendapat sambutan hangat daripada pengunjung.
Ramai yang teruja melihat selebriti itu turun padang berniaga sempena bulan Ramadan.
#ApaKataOhmedia
Kepada pelanggan, berhemahlah dalam memberi teguran agar tidak mengguris hati peniaga. Manakala peniaga pula, hendaklah menerima kritikan dengan berlapang dada. Lagi pun sedap atau tak sedap kan subjektif, tekak masing-masing tak sama, ye dak?

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM