Connect with us

Oh! Media

“Dah Lama Tak Contact!” – MK K-Clique Akui Dirinya Dan Tuju Sudah ‘Move On’

Ohmedia mk Kclique Tuju

Trending

“Dah Lama Tak Contact!” – MK K-Clique Akui Dirinya Dan Tuju Sudah ‘Move On’

MK K-Clique akui sudah lama tidak berhubung dengan Tuju selepas bergerak solo. Namun tetap doakan kejayaan bekas rakan kumpulan itu.

Penyanyi rap dan pelakon, MK K-Clique mengakui sudah lama tidak berhubung dengan bekas anggota kumpulan mereka, Tuju.

Menurut laporan Kosmo, MK berkata hubungan mereka kini lebih kepada profesional jika ada urusan kerja sahaja, namun secara peribadi sudah jarang berkomunikasi.

Saya secara jujur, sudah lama tak hubungi dia. Kalau ada kerja bersama, kita buat kerja kemudian habis begitu.

MK K-Clique tetap doakan kejayaan

Mk

Walaupun haluan mereka sudah berbeza, MK menegaskan tiada sebarang konflik dan dia tetap mendoakan kejayaan Tuju dalam kerjaya solo.

IKLAN

Saya tiada komen apa-apa tentang Tuju cuma mendoakan yang terbaik buatnya… saya doakan karier dia terus berkembang maju dan rezeki sentiasa murah.

Tiada nama Tuju untuk show besar

Tuju

Mengulas mengenai persembahan Urban Hip Hop di Megastar Arena pada 10 Mei, MK mengesahkan Tuju tidak terlibat dalam lineup tersebut.

Katanya, keputusan itu dibuat secara bersama oleh kumpulan K-Clique.

Untuk show nanti memang tiada Tuju. Kami masing-masing dah move on… hampir 3 tahun.

Walaupun tidak lagi bersama dalam satu kumpulan, MK menegaskan hubungan persaudaraan antara mereka masih utuh.

Persaudaraan antara kami tak putus… kalau ada kerja bersama, insya-Allah kami akan profesional.

Untuk rekod, Tuju meninggalkan K-Clique pada penghujung 2022 atas keputusan sendiri dan menafikan dakwaan kononnya dia disingkirkan.

Kini, kedua-dua pihak dilihat selesa membawa haluan masing-masing dalam industri muzik.

Pssttt! Dalam persahabatan dan kerjaya, perbezaan haluan itu normal. Yang penting, kekalkan hormat dan doakan kejayaan antara satu sama lain.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas