Oh! Artis
“Saya Sudah Pun Maklumkan Kepada Bapa Mentua Saya” – Aslam
Suami kepada pempengaruh, Marissa Dania iaitu Aslam tampil mengesahkan berita duka mengenai pemergian bayi mereka ketika dilahirkan.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Aslam memohon orang ramai mendoakan yang baik-baik buat mereka sekeluarga dan tidak membuat sebarang spekulasi.

Ujarnya, dia sudah memaklumkan kepada bapa mentua, Norman Hakim mengenai apa yang berlaku pada hari kejadian itu lagi.
Kami menyelesaikan dengan sebaiknya semua urusan. Buat pengetahuan semua, Umisya juga sudah tahu tentang berita kehamilan Marissa dari awal.
Dalam pada itu, Aslam menerima semua ujian serta hikmah yang ditakdirkan Allah SWT buatnya.
Dia berterima kasih kepada ibu bapa, bapa mentua, qariah surau serta isteri pertamanya, Umisya yang terlibat dalam urusan memandikan, solat dan pengebumian anak syurganya.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan bayi sulung Marissa Dania meninggal dunia semasa dilahirkan.
Difahamkan bayi itu dilahirkan pramatang semasa kandungan berusia 6 bulan selepas Marissa mengadu sakit perut.
Di Instagram Story, Marissa ada memuat naik beberapa foto memaparkan makanan berpantang dan barangan bayi.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM