Oh! Artis
Abby Abadi Tak Tahu, Belum Dapat Berita Mengenai Marissa Kehilangan Bayi
Model muslimah, Marissa Dania dilaporkan telah kehilangan anak sulung yang dilahirkan pramatang ketika usia kandungan memasuki enam bulan minggu lalu.
Lapor Kosmo!, Marissa telah dibawa ke hospital selepas mengadu sakit perut dan bayi meninggal dunia ketika dilahirkan.

Terbaru, ibunya Abby Abadi ketika dihubungi mStar memberitahu tidak tahu mengenai berita keguguran yang berlaku.
Buat masa ini, selebriti berkenaan difahamkan masih belum mendapat berita sahih daripada Marissa.
Tak tahu. Serba tak tahu buat masa sekarang. Saya tak tahu nak nasihat apa.
Terdahulu, Marissa mengundang tanda tanya apabila memuat naik Instagram Story memaparkan kenangan yang dilaluinya sepanjang bulan Ogos.

Dalam gambar yang dimuat naik, kelihatan wajah suaminya, Aslam, barangan bayi dan hidangan berpantang.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM