Connect with us

Oh! Media

Tips Keselamatan Menghadapi Gempa Bumi

Umum

Tips Keselamatan Menghadapi Gempa Bumi

ADVERTISEMENT

Semenjak kebelakangan ini, bumi seakan marah, banyak tempat dilaporkan berlaku gempa bumi. Malah negara kita juga turut dilanda gempa bumi yang dasyat di bahagian Negeri Sabah.

Jadi, adalah penting bagi setiap penduduk mempunyai pengetahuan cara-cara menyelamatkan diri ketika berlakunya gempa bumi.

Sebelum Gegaran:

1. Sedia untuk survival diri ( dokumen penting, alat komunikasi, kit pertolongan cemas, powerbank, makanan dan air, dan lain2 ) kerana jika gempa terlalu kuat, elektrik, air, gas dan telefon tidak berfungsi.
2. Simpan barang-barang yang boleh membahayakan. Letak di dalam rak/kawasan yang selamat
3. Mungkin dah kena fikir pasal insurans? Terutamanya melibatkan property milik anda

Semasa gegaran berlaku:

1. Tenang dan jangan panik (untuk elak orang lain panik juga)
2. Jika anda masih di dalam rumah, segera meniarap ke lantai, berlindung di bawah meja & berpegang pada meja terbabit
3. Jarakkan diri anda daripada sebarang perabot contohnya rak buku, perabot dapur untuk elak dihimpap
4. Jauhkan diri daripada tingkap (tekanan tinggi mengakibatkan tingkap mudah pecah & merbahaya)
5. Jika berada di luar rumah, cari kawasan lapang jauh dari bangunan, pokok dan kabel elektrik.
6. Meniarap ke tanah sebab anda tak boleh berdiri dengan stabil ketika gegaran
7. Jika anda sedang memandu, berhentikan kereta di tepi jalan dan cari kawasan lapang yang selamat
8. Jika di kawasan pergunungan, akan ada tanah runtuh dan jika di kawasan lautan, potensi untuk tsunami berlaku
9. Jika anda berada di tempat awam yang sesak, jangan panik. Kekal tenang, tutup kepala dan leher guna lengan dan tangan anda. Keluar dari bangunan ataupun cari tempat untuk berlindung (contohnya bawah meja)

Selepas gegaran:

1. Periksa sekiranya ada bau gas (tutup). Jika ada pendawaian elektrik rosak (matikan suis utama)
2. Jika telefon boleh berfungsi, guna hanya waktu kecemasan sahaja.
3. Alert bahawa akan ada barang jatuh daripada almari atau almari apabila pintu dibuka. Periksa keretakan dan kerosakan pada bumbung rumah anda.
4. Alert dengan perkembangan susulan berkenaan gempa
5. Jika anda meninggalkan rumah, jangan lupa untuk maklumkan lokasi anda pada rakan-rakan dan keluarga.

OHMEDIA: Semoga negara kita terlindung dari segala malapetaka dan musibah. Amin.

——————————————————–
https://www.facebook.com/ohperfumenista
Promosi hebat di Oh! Perfumenista
FREE POSTAGE + FREE TESTER
Whatsapp – 0122553390

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas