Connect with us

Oh! Media

OPPO Reno12 Silver Playground Roadshow

Branded

Rasai Pengalaman OPPO AI Imaging Terkini, Gift Box Edisi Terhad & Bergambar Bersama Standee BSS Di OPPO Reno12 Roadshow

Siapa peminat setia OPPO, berikutan pelancaran Telefon AI terbaru OPPO iaitu OPPO Reno12 dan OPPO Reno12 Pro, jangan lepaskan peluang untuk datang ke OPPO Reno12 Silver Playground Roadshow pada 3 hingga 7 Julai 2024 di Pavilion, Kuala Lumpur sebab ada pelbagai aktiviti menarik!

Psst, siap ada selebriti terkenal tanah air dan terdapat pelbagai tawaran hebat serta hadiah menarik bernilai sehingga RM12,000 tau! Serius rugi sangat kalau korang tak join jerayawara ni.

Kalau nak tahu lebih lanjut, jom kami kongsikan!

Pelbagai Promosi & Aktiviti Menarik Menanti, Rugi Kalau Tak Pergi OPPO Reno12 Silver Playground Roadshow

Jujur kami cakap, kalau korang tak datang ke OPPO Reno12 Silver Playground Roadshow, memang korang rugi sebab ada banyak promosi, aktiviti dan ganjaran menarik yang korang boleh nikmati tau!

Antaranya, dengan setiap pembelian Siri OPPO Reno12, korang boleh menerima banyak ganjaran bernilai sehingga RM2,475. Wow?!

Model PerantiGanjaran
OPPO Reno12 Pro Ganjaran bernilai RM2,475

– Percuma OPPO Enco Air3 Pro bernilai RM399
– Percuma casing peranti bernilai RM199
– Percuma beg kanvas My OPPO bernilai RM69
– Percuma setahun Screen Protection Warranty bernilai RM199
– Percuma Garment Steamer bernilai RM139 atau Wireless Portable Juicer bernilai RM99 dan Crayon Shinchan Colour Charging Ice Cup bernilai RM110
– Diskaun RM100 (Hanya tersedia mulai sekarang – 8 Julai)
– Jaminan Nilai Reno12 bernilai sehingga RM1,300 (tersedia di Kedai Jenama OPPO dan Rakan Kongsi Kedai Rangkaian)
OPPO Reno12Ganjaran bernilai RM2,324

– Percuma OPPO Enco Air3 Pro bernilai RM399
– Percuma casing peranti bernilai RM199
– Percuma beg kanvas My OPPO bernilai RM69
– Percuma setahun Screen Protection Warranty bernilai RM139
– Percuma setahun pelan perlindungan penutup belakang bernilai RM109
– Percuma Garment Steamer bernilai RM139 atau Wireless Portable Juicer bernilai RM99 dan Crayon Shinchan Colour Charging Ice Cup bernilai RM110
– Diskaun RM100 (Hanya tersedia mulai sekarang – 8 Julai)
– Jaminan Nilai Reno12 bernilai sehingga RM1,100 (tersedia di Kedai Jenama OPPO dan Rakan Kongsi Kedai Rangkaian)

Jom Luang Masa Bersama Amelia Henderson & Selebriti Terkenal Yang Lain!

Siapa dekat sini peminat Amelia Henderson, inilah masanya untuk korang rebut peluang keemasan berjumpa dan luangkan masa bersama selebriti terkenal tersebut di OPPO Reno12 Series Roadshow! Bestnya! 

Selain daripada Amelia Henderson, ada 2 lagi selebriti terkenal tempatan yang turut memeriahkan lagi roadshow ini iaitu Phei Yong dan Jovane Phang yang mana mereka bertiga akan buat kemunculan di roadshow tersebut pada 6 Julai. Jadi, jangan lupa tanda kalendar tau!

Nak tahu apa yang lagi meriah tentang roadshow ini? Tiga pempengaruh akan digayakan oleh stylist terkenal, Minluna untuk fashion walk pada hari yang sama. Tak sabarnya nak tengok nanti!

Cuba Tuah Korang, Sertai Aktiviti Bersama OPPO Untuk Menangi Hadiah Lumayan Bernilai RM12,000!

Selain dapat luangkan masa bersama selebriti terkenal, kalau korang beli peranti Siri OPPO Reno12 semasa Roadshow, korang berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah tau. Psst, hadiah cabutan bertuah ni serius lumayan guys!

Antara hadiah yang korang berpeluang untuk menang adalah Pakej Pelancongan ke Korea bernilai RM10,000 serta Tiket VIP ke Festival Muzik Borneo Sonic bernilai RM2,000. Bestkan?!

Bukan itu saja, kalau korang beli telefon dan daftar di Aplikasi My OPPO sebagai ahli baru, korang juga berpeluang untuk menikmati hadiah cabutan bertuah tambahan seperti Dyson Airstrait Straightener dan baucar melancong bernilai RM1,500! Purr, masyuknya!

Jadi, kalau korang rasa tuah korang tak pernah mengecewakan korang, tunggu apa lagi, join lah! Untuk ahli My OPPO pun tak terkecuali untuk menang cabutan bertuah ni okay?

Join OPPO Reno12 Silver PlayGround Roadshow Lebih Berbaloi Sebab Banyak Hadiah Menanti!

Kalau korang tak bertuah untuk menang hadiah lumayan dalam cabutan bertuah, jangan risau guys sebab korang masih lagi berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang lain! Wah, banyaknya betul OPPO nak bagi korang kan?

Untuk korang yang beli peranti Siri OPPO Reno12, korang akan menerima dua kotak hadiah iaitu kotak hadiah aksesori peranti dan kotak hadiah BSS edisi terhad(sementara stok masih ada). Haa, siapa peminat SEVENTEEN tu, inilah masanya untuk rebut!

Tak cukup dengan itu, jangan lupa tangkap gambar banyak-banyak dan muat naik ke akaun Instagram korang dengan tanda pagar #OPPOReno12Series, #OPPORenoSilverPlayground dan #OPPOAIPhone untuk peluang memenangi sepasang kasut yang direka oleh @ednacreationz, seorang artis tempatan yang sering membekalkan kasut lukisan tangan sejak 2019. 

Memandangkan sekarang ni tengah musim panas, kalau dapat air PERCUMA mesti bestkan? 

Haa, sebab itulah korang kena datang ke Roadshow ni sebab korang berpeluang menikmati minuman CHAGEE secara percuma, baucar diskaun dan aktiviti percetakan foto percuma. Tertakluk pada terma dan syarat, serta bergantung pada nasib korang bila korang main permainan putaran. 

Siapa peminat setia DK, Hoshi dan Seungkwan, jangan lupa datang singgah untuk tangkap bersama standee ahli BSS (SEVENTEEN) zon foto BSS. 

Banyakkan hadiah menarik yang OPPO nak bagi? Jadi, tunggu apa lagi, jomlah ajak kawan-kawan dan keluarga datang ke OPPO Reno12 Roadshow di Pavilion Kuala Lumpur dari 3 hingga 7 Julai 2024! 

Reka Bentuk Menarik & Ciri AI Dipertingkatkan, Siri OPPO Reno12 Peranti ‘Outstanding’ Dalam Pasaran

Dah alang-alang cakap tentang OPPO Reno12 Silver Playground Roadshow ni, mestilah korang nak tahu spesifikasi siri OPPO Reno12 ni kan? Haa, meh sini meh kami kongsi. 

Kalau tanya kami, siri OPPO Reno12 adalah antara siri peranti terbaik dalam pasaran sebab ia mempunyai reka bentuk yang sangat menawan, lebih sleek dan mempunyai sentuhan Retro Futurism. 

Reka bentuk peranti ini mencerminkan kelicinan cermin serta mempamerkan kesan visual 3D, peranti ini turut menawarkan pengalaman menonton mengasyikkan, jaminan ketahanan dan sistem kamera yang terbaik. Bestnya!

Alang-alang cakap tentang kamera ni, OPPO telah menaiktaraf ciri fotografi mereka dengan sentuhan AI termaju tau, jadi untuk Siri OPPO Reno12, ia hadir dengan kamera utama Sony dan kamera ultra-jelas serba boleh AI dengan kualiti yang tiada tandingan. 

Selain itu, ia juga hadir dengan ciri Sistem Portret Ultra-Jelas dan Sistem Kamera Ultra-Jelas yang mampu menangkap setiap butiran terperinci dengan lebih tepat, manakala peningkatan AI dapat memastikan potret semula jadi. 

Antara ciri AI menarik yang ada pada siri OPPO Reno12 seperti AI Eraser 2.0, AI Smart Image Matting 2.0, AI Clear Face dan AI Studio, memastikan gambar sempurna. Dengan adanya ciri-ciri ini, ia membantu memudahkan kerja korang untuk edit gambar dengan lebih mudah.

Bukan itu saja, bagi kami siri OPPO Reno12 ni adalah yang terbaik sebab ia mempunyai Platform MediaTek Dimensity 7300-Energy, yang direka khas untuk siri OPPO Reno12 dengan tujuan merevolusikan kecekapan tenaga, memanjangkan hayat bateri dan meningkatkan interaksi pengguna. Bestkan?

Dengan ciri dipacu AI seperti AI Eraser 2.0, AI Clear Voice, AI LinkBoost dan AI Smart Image Matting 2.0, korang boleh menikmati prestasi telefon yang lancar sambil melancarkan kreativiti  pada bila-bila masa, di mana saja korang berada. 

Untuk korang yang tengah cari peranti baru, apa kata korang dapatkan siri OPPO Reno12 sebab dengan semua ciri yang ada ni, memang ia adalah antara peranti terbaik dalam pasaran. 

Lepas kongsi semua hadiah lumayan dan aktiviti menarik di OPPO Reno12 Silver Playground  Roadshow ni, jadi makin tak sabar pula nak pergi! 

Jadi, korang tunggu apa lagi, cepat tanda kalendar korang pada 3 hingga 7 Julai 2024, bertempat di Pavilion Kuala Lumpur untuk sertai OPPO Reno12 Silver Playground Roadshow!

Untuk korang yang datang ke Roadshow ini untuk beli Siri OPPO Reno12, OPPO Reno12 Pro boleh didapati pada harga runcit disyorkan RM2,599, manakala Reno12 berharga RM2,199. 

Kalau korang berminat untuk tahu lebih lanjut tentang OPPO Reno12 Silver Playground ni, korang boleh klik pada pautan ini, https://bit.ly/4cnEuye.

Maklumat lanjut tentang Siri Reno12, layari laman web rasmi OPPO atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas