Connect with us

Oh! Media

Oh! Tidak

Geram Tak Beri Laluan Kepada Budak Sekolah, Pengawal Sekolah Sepak Kereta Alza

Baru-baru ini tular di X, satu video dashcam memaparkan sebuah kereta Alza disepak oleh pengawal keselamatan di hadapan sebuah sekolah.

ADVERTISEMENT

BACA: “But*h!” – Pelawak Lelaki Biadap, Tunjuk Isyarat Jari Tengah Sebab Tak Beri Laluan Masuk Ketika Trafik Sesak

Pengawal yang bernama Mohd Shairazi difahamkan telah memberikan isyarat berhenti memberi laluan kepada murid yang mahu melintas.

Yang membuatkannya berang, sebuah kereta Alza tidak memberhentikan kenderaannya walaupun isyarat telah diberikan.

https://twitter.com/update11111/status/1808732339322958079

Tak mahu orang lain salah faham, Shairazi juga dikatakan telah tampil menjelaskan situasi sebenar.

Saya bertugas macam biasa, bila anak Ustaz Hafiz nak lintas saya terus angkat tangan untuk hentikan kereta yang datang sebab murid sesi petang ni, walaupun baru dekat tangga diorang terus lari je.

Tapi kereta tu terus je, perkara berlaku spontan, saya pun tak sangka.

Hantaran tersebut mendapat perhatian ramai netizen dan rata-rata bersetuju dengan tindakan pengawal keselamatan itu.

Mungkin abang tu geram sangat dengan orang-orang macam ni. Tapi ada betulnya dapat elak perkara yang tak diingini sebab kebanyakkan budak melintas tanpa tengok kiri kanan.

Kredit: Aplikasi X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas