Connect with us

Oh! Media

ustaz don

Trending

Suria FM Patuh Arahan JAIS, Ustaz Don Tidak Akan Muncul Dalam Segmen Don Give Up 

Sumber dalaman stesen radio Suria FM memaklumkan pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal tidak akan muncul dalam segmen Don Give Up buat masa ini.

BACA: JAIS Minta Semua Pihak Tangguhkan Semua Program Libatkan Ustaz Don Daniyal

IKLAN

Keputusan itu dibuat bagi menghormati dan mematuhi arahan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Pihak stesen radio akan memaklumkan perkembangan lain dari semasa ke semasa.

ustaz don

Buat masa ini, Ustaz Don Daniyal iaitu penyampai jemputan bagi segmen Don Give Up, tidak bersiaran seperti biasa sehingga keputusan rasmi daripada pihak Jais. 

Terdahulu, segmen yang dikendalikan penceramah jemputan itu akan bersiaran setiap Jumaat menerusi slot Morning-Morning Suria dari jam 8 hingga 9 pagi.

Segmen itu akan mengupas kemusykilan agama daripada pendengar radio. Namun, Ustaz Don akan dihentikan siaran mulai hari ini (Jumaat) sehinggalah keputusan rasmi daripada pihak Jais dikeluarkan.

Jelasnya lagi, pihak Don Daniyal juga telah dimaklumkan mengenai keputusan yang dibuat pengurusan stesen radio terbabit.

JAIS dalam satu arahan pada 25 Jun memohon semua agensi, masjid, surau dan musolla menangguhkan serta tidak mengundang Don Daniyal.

Ketetapan tersebut dibuat disebabkan beberapa isu mengenai pengajaran atau ceramah agama yang disampaikan Don Daniyal.

Ianya disyaki membawa kepada perlanggaran beberapa ketetapan di dalam Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas