Connect with us

Oh! Media

Datuk Red Adira Suhaimi

Trending

Adira Suhaimi Kata Mahu Kembali Ke Pangkuan Bekas Suami Sebab Ini Dan Buat Datuk Red Tergamam?

Sebelum ini Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu dengan spontannya mengucup kepala bekas isteri, Adira Suhaimi ketika siaran langsung di TikTok buatkan dirinya dikecam netizen.

ADVERTISEMENT

BACADatuk Red Dikecam Cium Kepala Bekas Isteri, Adira Suhaimi Dalam Siaran Langsung

Terbaru! Menurut laporan mStar, Adira memberitahu yang dia ingin kembali ke pangkuan Datuk Red sebab malas nak mulakan hubungan baru. Tapi dalam nada bergurau lah..

Walau bagaimanapun, Datuk Red kelihatan terkejut dengan kata-kata Adira dan tidak merasakan itu adalah gurauan. 

Saya pun terkejut dan tergamam juga bila dia kata nak kahwin semula dengan saya.

Kalau perkara itu keluar dari mulut saya mungkin tak boleh dipercaya tapi ini Adira sendiri yang cakap.

Tapi dia cakap bukan sekarang tapi tunggu sehingga saya betul-betul dah stabil. Harap semua dapat doakan kami.

Datuk Red juga berkata apa yang bekas isterinya katakan itu tidak dirancang dan bukannya bertujuan untuk melariskan produk jualannya.

Saya memang nak tamatkan ‘episod’ ini tapi mash belum jumpa penghujungnya. Adira rajin bantu saya video siaran langsung sebenarnya.

Memang kemunculan dia membantu perniagaan saya tapi bimbang juga ada yang muak dengan kemesraan kami.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas