Connect with us

Oh! Media

Kawan Baik Dedah Anak Allahyarhamah Selesai Faraidkan Harta Ibunya

Sharifah aini ohmedia

Oh! Artis

Kawan Baik Dedah Anak Allahyarhamah Selesai Faraidkan Harta Ibunya

Itu hak dia tapi tak tahu kenapa ada juga suara-suara yang mempersoalkan tentang tindakan anak kepada Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini yang menjual rumah pusaka ibunya.

BACA: Anak Biduanita Sharifah Aini Perjelas Isu Jual Rumah Titik Peluh Ibu RM4 Juta

Editor Suria FM, Roslen Fadzil dalam pada itu turut berkongsi cerita mengenai isu penjualan rumah biduanita itu ketika bertemu dengan anak arwah, Aliff Omar Ali baru-baru ini.

IKLAN

Harga jualan rumah agam tak sampai RM4 juta seperti didakwa…

Image 19

Roslen yang juga rakan baik kepada arwah Sharifah Aini berkata harta peninggalan arwah itu sebenarnya dinilai lebih rendah dari jumlah yang didakwa iaitu RM4 juta.

Hasil penjualan kediaman itu juga telah diagihkan secara faraid kepada yang berhak kerana Aliff bukanlah pewaris tunggal harta tersebut.

Selain Aliff, waris lain adalah ibu Allahyarham Sharifah Aini iaitu Sharifah Noor Syed Ahmah yang ketika itu masih hidup.

Sedar orang kecewa tapi dia hanya uruskan peninggalan ibu ikut syariat Islam…

Kata Roslen lagi, Aliff sedar mengenai kekecewaan orang ramai apabila mengetahui kediaman itu telah dirobohkan namun dia mengambil keputusan itu bagi meneruskan kehidupan selain menguruskan harta peninggalan ibunya mengikut syariat Islam.

Memang Aliff sayangkan rumah itu kerana ada banyak kenangan manis bahkan dia menyatakan masih teringat jeritan mummy memintanya membantu mengemas rumah.

Cuma selepas pemergian ibunya, dia merasakan tidak lagi sesuai untuk tinggal di sana bersama isteri dan anak-anak mereka. Sebab itu dia ambil keputusan lepaskan.

Aliff juga sedia maklum mengenai permintaan sesetengah pihak untuk menjadikan rumah itu sebagai galeri memandangnkan banyak memori serta anugerah arwah masih tersimpan kemas.

Kata Aliff tiada wakil mana-mana agensi yang datang sampailah lot hartanah itu kini bertukar tangan.

Kos penyelenggaraan rumah pula sangat tinggi. Itu antara sebab perlu dijual cuma Aliff kurang selesa untuk berkongsi harga sebenar jualan.

Sekadar info, anak tunggal biduanita Sharifah Aini, Aliff Omar Ali mendirikan rumah tangga bersama doktor gigi, Sharifah Nur Athirah Syed Azmi. Mereka juga mempunyai tiga orang cahaya mata sepanjang perkahwinan.

Kredit: HibGlam

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas