Oh! Artis
“Muka Kodi Tu Boleh Jual Ke?” – Kodi Rasheed Pernah Kena ‘Reject’ Sebab Rupa, Followers Tak Ramai?
Isu paras rupa dipilih berbanding bakat dalam industri seni hiburan di Malaysia telah lama menjadi perdebatan.
Malah, ada stesen TV dikatakan mengambil bakat baru berdasarkan pengikut di Instagram sebagai hero dan heroin drama.
Ini menyebabkan ramai pelakon berbakat tidak dapat menyerlahkan kemampuan mereka kerana telah dipinggirkan.
BACA: “Kontrak Berat Sebelah, Bayaran Rendah, Baju Pelakon Kena Prepare Sendiri” – Nazim Othman
Di Instagram, pelakon Kodi Rasheed memberi bayangan dia juga melalui pengalaman serupa. Ada pihak ‘atasan’ enggan memilih Kodi dengan alasan muka tak boleh jual, tak dapat tarik penonton ke panggung dan followers tidak ramai.
Bukan tu je, Kodi juga pernah menjadi pilihan terakhir pihak ‘atasan’ tersebut. Namun begitu, Kodi memaklumkan dirinya okay dan bersyukur dengan rezeki yang diberikan Allah SWT.
Aku happy tengok sahabat lain terbang tinggi. Dan aku happy sekiranya orang atasan yang tak percaya kat aku untuk nak kerjasama kerana akan ada hikmah sebaliknya. Inshaallah nanti kita jumpa kat atas ok.
Pelakon yang membintangi filem pecah panggung, Sheriff: Narko Integriti ini gembira melihat rakan-rakan artis seperjuangannya berjaya dan terbang tinggi.
Kredit: Instagram kodi_rasheed
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.