Connect with us

Oh! Media

Oh! Tidak

Isteri Dah 5 Tahun Curang Dengan Biras, Suami Terkejut Anak Ketiga Bukan Zuriat Kandung

Lagi kes isteri curang tapi kali ini paling tak disangka kerana hubungan terlarang itu dilakukan bersama birasnya. Katanya, anak ketiganya juga adalah hasil daripada hubungan curang ni.

ADVERTISEMENT

BACA: Dah 51 Tahun Kahwin, Lelaki Baru Tahu 2 Anak Bukan Dari Benihnya

Menerusi laporan Majoriti, seorang lelaki yang dikenali sebagai Putra berkata kegiatan curang oleh isterinya ini terbongkar pada tahun lalu dan hanya mengetahui anak ketiga bukan zuriat kandung melalui ujian DNA yang dibuat.

Tambahnya, dia tak menyangka sudah lebih 5 tahun, bekas isterinya telah curang dengan adik iparnya.

Saya amat terkejut dan terus hubungi ahli keluarga bagi memaklumkan tentang perkara berkenaan.

Sehari selepas itu, kamu sekeluarga pergi ke rumah bekas mentua di Pulau Pinang untuk mendapatkan penjelasan daripada bekas isteri sambil membawa laporan DNA.

Dia juga menyatakan telah menemui bukti perbualan kedua mereka menerusi aplikasi Signal.

Mati-mati nafikan perkara itu sampai tuduh bekas suami menipu

Tak tahan dengan penipuan bekas isterinya, Putra nekad mendedahkan perkara ini kepada media.

Katanya, bapa mentuanya menghubunginya keesokkan hari untuk berbincang mengenai perkara ini.

Bekas adik ipar saya, Khal turut hadir dalam perjumpaan tersebut dan menegaskan bahawa Putri bukan anaknya.

Dia buat ujian tersebut pada 11 Januari di klinik sama dan keputusan yang keluar pada 23 Januari menunjukkan Khal sememangnya bapa kandung kepada Putri, dengan padanan sebanyak 99.99 peratus.

Walaupun mengetahui Putri bukan anak kandungnya, dia tetap sayang dan tak lupa untuk berjumpa dengannya kerana memang dia mahukan anak perempuan.

Sehingga minggu lepas pun, apabila telefon dia masih tanya..papa where are you? When are you coming back? You working ha? Saya tidak perlu berlakon, saya memang sayang.

Sementara itu, bekas isterinya masih menjaja cerita tak betul sehingga memfitnahnya culas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai bapa.

Kredit: Majoriti

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas