Connect with us

Oh! Media

Pelanggan Bengang Restoran Kedekut WiFi, Susah Pesan Guna Kod QR

Kod Qr Pelanggan

Oh! Tidak

Pelanggan Bengang Restoran Kedekut WiFi, Susah Pesan Guna Kod QR

Macam yang kita tahu, banyak dah restoran yang gunakan kod QR untuk pelanggan membuat pesanan. Katanya lebih mudah supaya tak terlepas pandang.

BACA: Peniaga Kenakan Caj Tambahan 10 Sen Bagi Pengguna Kod QR, Beri Alasan Harga Diesel Naik

Tapi, buat yang pelanggan yang tiada data internet dan hanya bergantung kepada WiFi, kaedah ni menyusahkan mereka.

IKLAN

Masalah ini dihadapi oleh seorang wanita bernama Zeeda Aziz yang tidak dapat memesan makanan menggunakan kod QR itu kerana capaian internetnya yang tak elok di kawasan berkenaan.

Malam tadi, hampir saya tinggalkan kedai makan ini sebabnya saya tak dapat buka link daripada kod QR.

Kepada pemilik kedai makan yang menyediakan kod QR untuk pelanggan membuat pesanan, ingin saya nasihatkan sediakanlah password WiFi.

Pelanggan

Katanya nak guna Wifi, order dulu. Fuh… dia ingat kita datang semata-mata nak lepak guna Wifi ke apa?

Zeeda berkata dia terkejut dengan respon yang diberikan oleh pekerja selepas dia bertanya tentang kata laluan internet di situ.

Kalau tak nak bagi pelanggan guna WiFi, janganlah pakai kod QR tu. Ambil pesanan secara manual.

Datang ke meja, ambil pesanan atau letak kertas pesanan, pensel dan menu. Nanti dah siap tanda, boleh ambil kertas tu.

Sementara itu, dia juga mendedahkan sudah menasihatkan pekerja di restoran itu berhubung perkara itu.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas