Connect with us

Oh! Media

Oh! Travel

Juruterbang Bagi Tips Nak Dapatkan Tiket Flight Murah Dari Biasa

Perkara pertama yang diambil kira sewaktu nak bercuti mestilah bajet. Bajet yang dimaksudkan di sini adalah kos untuk tiket penerbangan, penginapan, makan minum, pengangkutan dan aktiviti-aktiviti lain.

ADVERTISEMENT

BACA: Lelaki Ini Kongsi Cara Lawat 7 Negara Dengan Kos RM4,395 Termasuk Tiket Flight

Kadang kala ada situasi di mana korang akan berhadapan dengan harga tiket flight yang cekik darah! Tetapi rupa-rupanya ada beberapa tips yang boleh digunakan untuk mendapatkan harga yang lebih rendah.

Di Facebook, seorang juruterbang dikenali sebagai Gazze Azri berkongsi tips yang kaki travel boleh amalkan. Jimat sikit duit tiket!

1. Travel bukan masa cuti am dan sekolah

tips flight murah

Pastikan korang tak bercuti pada cuti am atau cuti sekolah. Jika mahu ke luar negara, lebih baik korang menyemak perayaan yang diraikan pada waktu itu contohnya Easter Break, Christmas dan lain-lain.

2. Travel di hari minggu

Foto: IG Malaysiaairports

Ha.. yang ini korang kena berkorban cuti tahunan sikit lah. Elakkan travel ketika hujung minggu kerana kebiasaannya orang ramai akan memilih Sabtu dan Ahad untuk memulakan percutian mereka.

Sebaiknya, cari tiket penerbangan pada Selasa, Rabu dan Khamis.

3. Beli tiket awal tapi jangan terlalu awal

Tips paling asas nak elakkan harga tiket ‘keras’ mestilah kena beli awal-awal. Jangan pula survey tiket seminggu sebelum tarikh penerbangan, memang melambunglah harganya!

Mengikut pengalaman Abby Hassan, tiket penerbangan hendaklah dibeli 21 hari sebelum penerbangan sebenar.

Katanya, kebanyakan syarikat penerbangan akan menetapkan sistem untuk mendapatkan jualan.

Jadi, di dalam sistem tu, ada beberapa tiket yang ditetapkan pada harga yang sangat murah.

Ada juga tips yang mengatakan korang perlu membeli tiket flight pada Selasa dan Rabu. Ini kerana syarikat penerbangan menetapkan sistem or key in data penerbangan baru pada 2 hari tersebut.

4. Travel transit

Foto: IG Malaysiaairports

Sebagai juruterbang, Gazze Azri mencadangkan kaki travel supaya membeli tiket transit untuk ke destinasi yang dituju.

Katanya, tiket transit lebih murah berbanding direct. Sebagai contoh, jika mahu ke Auckland beli tiket transit ke Perth.

Jika ke Sydney, singgah dahulu di Bali. Namun, korang kena tengoklah mengikut kesesuaian destinasi. Janganlah sampai 3,4 transit, jadi memenatkan pula.

5. Jadi airlines member program

Foto: IG Malaysiaairports

Biasanya, syarikat penerbangan akan memberi tawaran istimewa kepada penumpang yang setia. Selain harga tiket, ada juga perkara lain yang mereka tawarkan seperti fasiliti lounge, saiz bagasi, arrival assistances dan macam-macam lagi.

Ha, selain tips di atas, ada juga kaki travel Abby Hassan mencadangkan supaya korang clear cache carian di internet.

Ini kerana melalui cookies, sistem dapat track bahawa korang pernah membuat carian sebelum ini.

Jadi mereka akan menetapkan harga tiket pada harga yang sama atau semakin tinggi. Nak lebih selamat, guna je incognito browser!

Akhir sekali, jangan lupa bandingkan harga tiket melalui aplikasi third party. Elakkan fokus kepada satu laman web je kerana kadang kala korang boleh dapat harga yang jauh lebih murah dengan syarikat penerbangan lain.

Selain skyscanner korang boleh membuat carian di laman berikut:

– Google Flights

– Hopper

– Kayak

– Cheapflight

Bila dah dapat tiket murah, duit lebihan tu boleh digunakan untuk belanja lain pula kan? Selamat bercuti!

Kredit: Facebook Gazze Azri | Abby Hassan’s Kashmir Trip | twt directlending

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Travel

Ke Atas