Oh! Tidak
“Tak Mengapa Kalau Tak Ada Wali” – Bapa Sebak Dapat Tahu Guru Sekolah Pondok Hamilkan Anak Bawah Umur
Bapa mana yang tak sedih bila dapat tahu anak bawah umur yang dihantar ke sekolah pondok, termakan dengan tipu daya guru di sana sampai ‘rosak’. Apa yang jadi ni?
BACA: Tersebar Gambar Bayi 11 Bulan Dengan Alat Pernafasan, Bapa Sebak Terima Bantuan Kereta
Menerusi podcast Curhat Bang Denny Sumargo, individu yang dikenali sebagai Mat Rokim meluahkan rasa kecewa dengan tindakan guru yang menikahi anaknya tanpa pengetahuannya.
Si anak juga tampil menjelaskan bahawa dia dan gurunya yang dikenali sebagai Muhammad Erik telah bernikah tanpa wali.
Dia (cikgu) beritahu, ‘Tak mengapa kalau tak ada wali’.
Kami juga melalui ‘malam pertama’ sebagai suami isteri di rumah rakannya.
Rasa gagal sebagai bapa
Lebih menyedihkan, remaja tu bernikah dengan gurunya ketika dia masih berumur 16 tahun dan difahamkan sudah mengandung anak kepada ‘suami tak sah taraf’ itu.
Guru tersebut memberitahu anak bahawa kalau dia menikah dengannya, akan masuk syurga.
Dan ketika ini, saya rasakan yang saya telah gagal sebagai seorang ayah yang baik kepadanya.
Susulan tu, Rokim mendedahkan telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM