Connect with us

Oh! Media

aliff aziz

Oh! Artis

“Dendam, Cemburu, Tak Sedar Diri” – Aliff Aziz Ceritakan Kisah Sang Nenek, Perli Siapa Tu?

Penyanyi dari Singapura, Aliff Aziz mengundang perhatian ramai apabila tiba-tiba menjadi penglipur lara menceritakan kisah seorang nenek di Instagramnya.

BACA: “Hang Memang F***” – Sarah Yasmine Parodi Video Ruhainies Tak Pandai Nangis Depan Kamera

IKLAN

Dalam perkongsian itu, Aliff Aziz berkata, nenek tersebut mempunyai masalah obsesi dengan seorang wanita cantik di kampung pada zaman itu.

Sang nenek cuba bersolek dan mengenakan rambut palsu untuk menutup kepala botak tengahnya dengan harapan cantik seperti wanita itu.

Tulis Aliff, bermula daripada obsesi, ianya kemudian menjadi penyakit hati apabila nenek berasa cemburu, berdendam dan tak sedar diri.

aliff aziz

Nenek kemudian ‘menyalak’ mahukan perhatian daripada orang ramai namun tidak mampu untuk menandingi wanita yang menjadi obsesinya itu.

Aliff memberi pesanan supaya tidak menjadi seperti sang nenek yang hidup di dalam dunia delulu (dunianya sendiri).

Penyanyi ini bagaimanapun menjelaskan kisah nenek ini tiada kena mengena dengan mana-mana individu sama ada masih hidup atau pun telah meninggal dunia.

Kredit: Instagram Aliff Aziz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas