Connect with us

Oh! Media

Aisyah Tajuddin Mohon Maaf, Tiada Niat Hina Islam

Umum

Aisyah Tajuddin Mohon Maaf, Tiada Niat Hina Islam

Sebelum ini, pihak BFM telahpun membuat kenyataan media berkaitan ini minggu lalu namun nampaknya isu tersebut tidak lagi nampak tanda reda. Setakat malam tadi, sudah 5 laporan Polis dibuat oleh orang awam dan tidak kurang bapa kepada Aisyah Tajuddin turut membuat kenyataan panjang lebar tentang hal tersebut yang mencari ruang untuk rakyat negara ini bersikap lebih releven ketika berdepan dengan sebarang isu.

ADVERTISEMENT

Tidak cukup dengan itu, video tersebut turut mendapat respon dari ilmuan agama yang menyifatkan ianya keterlaluan dan memohon Aisyah untuk bertaubat. Satu video yang menarik adalah dari PU Rahmat yang menjawab persoalan di dalam video tersebut dengan tenang dan bersahaja.

PU Rahmat Jawab Hujah Aisyah Berkaitan Hudud

Apabila dituduh menghina agama Islam, Aisyah Tajuddin menyifatkan beliau bertujuan mengkritik dasar PAS di Kelantan dan tidak berniat menghina Islam.

“Video tersebut menyangkut perihal politik, perkataan dan perbuatan ahli politik; dan tentunya tidak sekali-kali mengenai agama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Perlu dinyatakan bahawa liputan media berkenaan insiden ini telah mengaburi maksud sebenar yang ingin disampaikan video ini, yakni untuk menggalakkan wacana yang berlangsung seputar isu keadaan sosioekonomi rakyat Kelantan.”

Aisyah juga sempat memohon maaf kepada orang ramai tentang cara penyampaiannya di dalam video tersebut.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf bagi nada dan cara penyampaian saya di dalam video tersebut. Saya tiada niat untuk mengherdik. Saya tiada niat untuk menghina. Namun kini saya sedar bahawa ia telah menimbulkan kemarahan. Maka untuk itu, saya benar-benar kesal dan memohon maaf. Saya tidak akan pernah, dalam apa-apa keadaan sekalipun, menghina atau mengutuk mana-mana agama apatah lagi agama saya sendiri,” tambahnya lagi.

Video berkenaan yang ditonton oleh lebih 3,000 orang itu diterbitkan tidak lama selepas kerajaan negeri Kelantan mengumumkan pelaksanaan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II, Rabu lalu.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas