Oh! Negara
Raif ‘Leo’ Averroes Nama Anak Ketiga KJ
Oleh
Pada

Tahniah diucapkan kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin kerana selamat menimang cahayamata ketiga selepas isterinya Nori Abdullah bersalin pada jam 3.53petang semalam.
Berita yang dikongsikan oleh KJ sendiri melalui akaun Twitternya berkata pada awalnya tidak tahu tentang jantina bayi tersebut sehinggalah ia dilahirkan dan dia adalah seorang lelaki.
Bayi lelaki comelnya itu diberi nama sebagai Raif ‘Leo’ Averroes Jamaluddin Abu Bakar.
IKLAN


Isterinya Nori merupakan anak perempuan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Endon Mahmood yang meninggal dunia akibat kanser pada 2005. Berkahwin pada 2001, Khairy dan Nori sudah mempunyai dua anak lelaki – Jibreil Ali dilahirkan pada 2007, dan Timor Abdullah, setahun kemudian.

OHMEDIA: Allhamdulillah, dah 3 hero KJ. Semoga menjadi anak yang soleh kepada ibubapa dan berbakti pada masyarakat.
Produk Ini Pasti Sesuai Untuk Yang Mahu Kembali Langsing!
OH! MEDIA
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Khai Hassan
Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...
Comments
