Connect with us

Oh! Media

“Kerajaan Belanja RM28 Juta Untuk Hias Jet Peribadi Baru” – Rafizi Ramli

Oh! Negara

“Kerajaan Belanja RM28 Juta Untuk Hias Jet Peribadi Baru” – Rafizi Ramli

Minggu lalu heboh satu Malaysia tentang pembelian Jet Peribadi baharu untuk kegunaan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri oleh Kerajaan Malaysia yang menelan belanja jutaan ringgit dan mendatangkan kemarahan dan tanda tanya rakyat tentang keperluan jet tersebut disaat rakyat Malaysia terpaksa menahan lapar menanggung GST tidak lama lagi.

ADVERTISEMENT

Hari ini, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa Perdana Menteri, Najib Razak membelanjakan lagi RM28 Juta untuk menaik-taraf dan menghias jet terbaru itu. Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan Rafizi di lama sosial Facebook miliknya.

KOS NAIKTARAF KABIN JET PERIBADI ACJ320 RM28 JUTA

Jet peribadi untuk kegunaan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang baru dibeli iaitu ACJ320 mula beroperasi sejak 3 Mei 2011 setelah disiapkan pada 29 Mac 2010. Sebelum ini, ia disewakan oleh pemiliknya Comlux Aviation Group dan Kerajaan Malaysia pernah menyewanya bagi kegunaan Perdana Menteri.

Jet peribadi ini merupakan antara yang terbaik dimiliki Comlux dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi kapasiti 19 penumpang, termasuk satu bilik khusus untuk VVIP. Ia mempunyai ruang-ruang seperti berikut:

Saya mempunyai salinan perjanjian pembelian di antara Jet Premiere One (Malaysia) Sdn Bhd (JPO) dan Air Luther AG iaitu syarikat bersekutu dalam Comlux Aviation Group yang memiliki ACJ320 sebelum ini. JPO membeli jet ACJ320 ini dari Air Luther AG kemudian dijual pula kepada Kerajaan Malaysia dalam satu perjanjian sewa beli yang telah saya dedahkan sebelum ini.

Di dalam perjanjian pembelian di antara JPO dan Air Luther AG, salah satu syarat pembelian ialah kerja-kerja menaiktaraf kabin dari keadaan sedia ada pada harga USD8 juta (bersamaan RM28 juta pada kadar tukaran RM3.5 bagi USD1). Harga USD8 juta ini dimasukkan di dalam harga pembelian yang kemudiannya menjadi asas kepada harga sewa beli bernilai RM465 juta yang ditanggung oleh Kerajaan Malaysia.

Saya memaparkan gambar-gambar ruang dalam sedia ada ACJ320 untuk menunjukkan bagaimana kabin yang belum dinaiktaraf sudah pun cukup mewah di luar imaginasi rakyat Malaysia. Apa keperluan membayar tambahan RM28 juta khusus untuk menaiktaraf kabin apabila jumlah itu akhirnya akan ditanggung oleh rakyat Malaysia?

Jika sebelum ini pimpinan Umno memberi alasan pembelian jet peribadi baru ini adalah perlu demi keselamatan Perdana Menteri dan keluarga, apa pula alasan membelanjakan RM28 juta dana rakyat untuk menaiktaraf kabin menjadi lebih mewah dari apa yang ada sekarang? Sekiranya wang RM28 juta ini digunakan untuk membina rumah bagi mangsa banjir di Kelantan, pada harga RM35,000 setiap rumah dana RM28 juta ini sepatutnya telah dapat membina rumah untuk 800 keluarga yang menjadi mangsa banjir.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Terima kasih Rafizi Ramli kerana sentiasa menghebahkan berita-berita seperti ini yang di luar pengetahuan rakyat. Pada kami sebagai rakyat marhaein, setiap sen duit rakyat yang dikeluarkan oleh kerajaan haruslah diketahui oleh rakyat ianya untuk apa dan mengapa. Bukannya digunakan sesuka hati mengikut citarasa.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas