Connect with us

Oh! Media

Kembara di Jogjakarta Selama 3H2M Dengan Bajet RM170. Biar Betul?

Umum

Kembara di Jogjakarta Selama 3H2M Dengan Bajet RM170. Biar Betul?

ADVERTISEMENT

Pengembaraan di Jogjakarta 3 Hari 2 Malam hanya RM170

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ini aku hendak berkongsi trip pengembaraan kami tempoh hari seramai 7 orang di Jogjakarta selama 3 Hari 2 Malam.

Total hangus hanya RM170 sahaja per person. Perbelanjaan tersebut termasuk pengangkutan, makan minum, entrance fee, parking, aktiviti-aktiviti sepanjang kami berada di sana serta penginapan ( tidur dalam khemah jaa…hehe ). Oh yaa, tiket flight dan ole2 tidak termasuk ye.

Apa yang menarik di Jogjakarta ? Orang Malaysia ni kalau hendak melancong ke Indonesia, biasanya pergi ke Bali, Bandung, tidakpun Lombok. Tetapi sejak filem “Ada Apa Dengan Cinta 2” dimainkan pada awal tahun, Jogjakarta tiba-tiba menjadi HITZ cakap kau, kerana dalam filem AADC2 tersebut secara tidak langsung mempromosikan tempat-tempat menarik yang ada di Jogjakarta. Bukan itu sahaja, hasil dari viral story trip travaller dari Malaysia yang pergi ke Jogja juga membuatkan kita semua ingin pergi ke sana. Hashtag kononnya mencari si Rangga dan Cinta. Hahha.

Biasanya orang-orang Malaysia kalau pergi ke Jogjakarta pasti akan singgah ke Borobudur, Prambanan, Hutan Pinus, Kalibiru, Gumuk Pasir, Gereja Merpati, Pantai Timang dan tempat-tempat yang ada di dalam AADC2. Tetapi kami pula sebaliknya, kami tidak pergi kesemua tempat tersebut kerana that place too mainstream bagi kami. Chewahhh… padahal kami sebenarnya kekangan masa untuk cover semua itu.hihi..

Ok, disebabkan majoriti dari kalangan kami menyukai aktiviti-aktiviti hiking (mendaki), maka terjadilah planning mendaki gunung di Jogja. Jangan disangka Jogja hanya mempunyai tempat-tempat bersejarah, tetapi juga terdapat banyak gunung – ganang bahkan mempunyai lebih 20 gunung di Jogjakarta. Saya akan ceritakan secara terperinci sepanjang kami di sana. Trip kali ini diketuai oleh member aku pijan. Kami cover tempat seperti Gunung Andong-Kalibiru-Pantai Kesirat-Pulau Timang-Malioboro. Mohon Fokus ya mas dan mbak..hehhe

Hari Pertama, Ahad ( 4/9/2016 )

9.45 a.m : Berlepas ke Jogjakarta dari KLIA2, semestinya fly dengan flight pilihan ramai tambang murah iaitu Air Asia, kami dapat tiket murah-murah jer. Hehhe. Sayang pak Tony.. muuahhh cikedd… hahaha.. Perjalanan hanya ambil masa 2 jam sahaja.

Dalam penerbangan tersebut, kami diedarkan satu borang imegresen untuk diisi, yang mana borang itu perlu diberi pada Pihak Pegawai Imegresen di Airport Jogja.

11. 45 a.m : Tiba di Airport Jogja, nama airport tersebut adalah Adisutjipto International Airport. Turun dari kapal terus ambil gambar sekeping dua berlatar belakangkan Airport Adisutjipto. Alhamdulillah, cuaca ketika itu sangat baik. Setelah selesaikan urusan dengan pihak imegresen, kami terus mengambil bag masing – masing. Ketika itu, aku perlu menghubungi Cik Susi selaku owner van sewa. Nasib baik di Airport tersebut ada Free Wifi, terus whatsaap Cik Susi bahawa kami sudah sampai di Airport. Cik Susi memberitahu kami sila menunggu di luar pintu airport kerana staffnya Mas Rian yang akan memberi van sewa tersebut. Yes, sepanjang kami di sana, kami menyewa van pandu sendiri yea. Kami sengaja tidak mahu ambil supir bukan setakat kerana mahal harganya, tetapi disebabkan kami mahukan cabaran. Hehhe… berani mati betul, bayangkan, bawa van tanpa bantuan supir di tempat orang, dengan tidak tahu jalannya..korang rasa ? kikiki
Harga sewa Van( Daihatsu Lucio ) IDR 300k per day, kami sewa 2 hari setengah, jadi total sewa van sepanjang kami di sana adalah IDR 750k. Sebenarnya sewa pandu sendiri banyak boleh berjimat tau kerana kalau ambil van+driver+minyak total hampir IDR 3juta, see.., sebab itulah kami mengambil keputusan sewa pandu sendiri sahaja, selagi boleh berjimat kami akan berjimat. Hahahha.

12.30 p.m : Kami menunggu di luar pintu Airport dan mengambil van sewa tersebut dari Mas Rian, van itu kami tidak bayar terlebih dahulu, aku cakap akan bayar time nak pulangkan nanti, oleh itu, semua Kad Pengenalan kami diserahkan pada Mas Rian sebagai cagaran. Lantaklah, sebab IC Malaysia bukannya laku di negara orang, yang penting Passport. Huhuhu.

Tanpa membuang masa, kami terus masuk ke dalam van dan terus menuju ke kedai jual Sim card. Wajib la beli sebab kami perlukan Internet untuk mengakses Waze, kalau tidak boleh sesat kami dibuatnya. Beli Sim Card Telkomsel harga IDR 90k siap internet 4GB sebulan. Cukup la tu, stay 3 hari sahaja bukannya sebulan. Sim ni pun kami berkongsi Internet 7 orang okaiii. Aku buat Hotspot bagi semua boleh connect Internet. Nampak tak kesungguhan kami.. hahaha

1.00 p.m : Dapat internet terus buka waze, menuju ke Gunung Andong yang terletak di Magelang. Jarak dari Terminal Airport ke Gunung Andong adalah 80 KM iaitu kira-kira 2 Jam 10 Minit.

Isi Minyak full tank total IDR 219k di Station Minyak yang berdekatan sebelum terus memecut ke Gunung Andong.

3.00 p.m : Berhenti tepi jalan makan lunch Nasi Rames Warung Bu Diah di sempadan Tegalrejo. Nasi Rames adalah satu hidangan khas Indonesia yang berupa nasi putih yang dicampur dengan berbagai lauk misalnya telur dadar yang dihiris, tempe orek, bihun, ayam, dan sebagainya. Lunch kami masing-masing semuanya sama menu, Nasi Rames dan Air Teh O ais 7 orang semuanya berjumlah IDR 120k. Selesai makan kami meneruskan perjalanan.

4.00 p.m : Tiba di Base Camp Gunung Andong, parking van di tempat parking, kami dikehendaki membayar permit mendaki seorang IDR 4k dan mengisi form maklumat peribadi kami sebagai langkah berjaga-jaga andai terjadi sesuatu musibah berlaku menimpa kalangan kami. Selepas itu kami bersiap-siap menukar pakaian untuk mendaki dan membawa barang-barang yang perlu dibawa untuk bermalam di puncak Gunung Andong. Sesi regangan bermula yang diketuai Abam Sado kita..huhu.

5.00 p.m : Bermulanya pendakian Gunung Andong. Ok, kenapa Gunung Andong ? kenapa tidak Gunung-gunung lain ? Begini, Gunung Andong merupakan gunung kecil namun memiliki sejuta pesona. Panorama di puncak menyajikan gunung-gunung perkasa yang ada di Jawa Tengah. Gunung Andong adalah gunung yang dikelilingi gunung-gunung besar seperti Gunung Merbabu,Merapi, Sumbing, Sindoro, Ungaran, dan Telomoyo. Tinggi maksima Gunung Andong hanya 1.726 mdpl. Jika kami mendaki gunung tinggi-tinggi, rasanya esok kami tidak mampu berjalan lagi, hahaha. Meskipun demikian, mendaki Gunung Andong tanpa persiapan adalah hal yang kurang bijak. Untuk sampai ke puncak kita memerlukan hampir 3 jam. Trek Gunung Andong permulaannya agak landai tetapi bila hampir ke puncak ianya sangat curam. Untuk yang belum terbiasa mendaki gunung, hal ini akan cukup merumitkan. Gunung Andong ini mempunyai 3 Pos sebelum sampai ke puncaknya, kami berhenti rehat setiap pos tersebut. Sebelum Pos 1 kami disajikan pokok-pokok pinus, cantik sangat.

Bila sampai di persimpangan Gunung Andong ini ada Makam seorang tokoh penyebar agama Islam yakni makam Kyai Abdul Faqih ( Joko Pekik ). Oleh itu, jangan lupa ziarah dan sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau. Di situ juga berdekatan dengan mata air, jika ingin mengambil bekalan air bolehlah ambil disitu.

Sepanjang pendakian kami ketika itu amat gelap kerana sudah malam, hanya ditemani lampu suluh yang kami bawa. Di sini, jam 6.00 petang sudah gelap seperti jam 7 malam. Beberapa kali kami tergelincir akibat kurang cahaya dan juga batu tanah yang licin.

8.00 p.m : Tiba di puncak, masing-masing menjerit kepuasan, masakan tidak, sudah la mendaki dalam keadaan gelap gelita, bertambah dengan kaki krem dan cuaca yang sangat sejuk dan dingin sekali. Tanpa membuang masa, kami mendirikan khemah di situ, semuanya ada 4 khemah. Satu khemah dua orang.

Selesai memasang khemah, kami memasak daging burger dan sosej cheese atas dapur gas outdoor yang kawan bawa. Memang sedap makan bila tengah sejuk dan penat nie. Hehe.

11.00 p.m : Selesai dinner, kami tidur dalam khemah masing-masing dan menanti waktu esok untuk menikmati sunrise yang kononnya sunrise paling cantik di Indonesia.

🔵Total hangus Hari Pertama :

🔹SimCard Telkomsel : IDR 90k ( IDR 15K per pax )
🔹Minyak Van full : IDR 219k
( IDR 31,285k per pax )
🔹Lunch Nasi Remes/teh o ais : IDR 120k ( IDR 17,143k per pax )
🔹Permit mendaki Gunung Andong : IDR 4k per pax

🔴Total hangus :
IDR 67,428k per pax ( RM 21 )

Hari Kedua, Sabtu ( 5/9/2016 )

5.00 A.M : bangun pagi tetapi MasyaAllah, angin pagi itu tidak berhenti-henti dari semalam lagi, sejuk mencengkam tulang sum-sum kami, sejuk sangat, rasa malas hendak keluar dari khemah, tapi disebabkan kami tidak mahu terlepas sunrise, kami gagahi jua. Dikatakan sunrise paling cantik adalah di Jogjakarta.. sebab itulah AADC2 shooting kat jogja.. so, kita tengok betul atau tidak mitos tersebut.

5.30 A.M : Cahaya matahari mulai terpancar terbit tersipu-sipu. Semakin lama semakin gah cahayanya, SubhanaAllah, Indah sekali sunrise di sini, kami terkaku seketika, menikmati dan menyelami perasaan masing-masing dihanyut hembusan angin gunung yang dingin. Cahaya matahari menampar kehangatan tubuh kami yang kesejukan. Nyaman sekali. Itulah saat-saat yang dinantikan setiap pendaki gunung, menikmati keindahan sunrise dengan jelas dikekelilingi gunung-gunung yang gagah perkasa teguh berdiri menghadap kami.
Kami tidak lupa untuk mengambil foto sebagai kenang-kenangan, pelbagai aksi dan gaya kami tonjolkan berlatar belakangkan sunrise, kami juga tidak lupa membawa Bendera Malaysia dan Negeri masing-masing, gah berkibar di atas Puncak Gunung Andong.

8.00 A.M : Setelah puas berfoto dan selfie, perut meronta-ronta kelaparan dan dahaga, kami menjerang air panas terlebih dahulu untuk membuat nescafe, alangkah nikmatnya menghirup nescafe panas ketika itu, dan kami memasak maggi goreng kari, fuhh, pagi-pagi dah makan maggi, hahaha, perkara biasa bagi travaller macam kami, maggi merupakan makanan WAJIB dibawa kerana apa ? mudah dimasak, hanya tunggu 2 minit sahaja dan terus boleh melantak. Hehhe.

9.00 A.M : Bersiap-siap dan mengemas barang-barang untuk kembali turun ke base camp tempat kami parkingkan van. Masa untuk kami sampai di bawah hanya 2 jam setengah, kalau mendaki semalam hampir 3 jam juga. Semasa turun memang laju, jaga step korang, tersilap langkah boleh melecet ibu jari kaki korang. Huhuu.

12.00 P.M : Alhamdulillah, semuanya selamat tiba di base camp, semua mencari air untuk menghilangkan dahaga kerana ketika perjalanan hendak turun kami kekurangan bekalan air. Di Base Camp itu ada satu kedai kecil yang menjual air botol, air bancuh, snek-snek, rokok dan sebagainya. Juga menjual keychain, sticker kereta dan motor serta baju Tshirt yang ditulis Gunung Andong. Kami semua membeli baju setiap seorang sebagai kenang-kenangan. Harga baju Tshirt Gunung Andong adalah IDR 50k.

Setengah dari kami terus mandi membersihkan diri di dalam bilik air yang sedia ada di situ, ikutkan kena bayar, IDR 5k, tetapi kami masuk macam itu sahaja, hahaha. Setelah masing-masing selesai mandi dan menukar pakaian, kami terus beredar dari situ.

1.00 P.M : Sekarang kami ingin menuju ke Wisata Alam Kalibiru yang pernah media sosial viralkan, alang-alang mahu bercamping di Pantai Kesirat, kami singgah dahulu ke Kalibiru kerana satu jalan ke Pantai Kesirat juga. Jarak perjalanan dari Gunung Andong menuju ke Kalibiru adalam 81 KM yang mana mengambil masa 2 jam 30 minit untuk tiba di sana. Wisata Alam Kalibiru ini berlokasi di desa wisata Kalibiru,Hargowilis ,kokap, Kulonprogo. Desa wisata ini terletak di Hargowilis Kokap Kulonprogo pada ketinggian 450 Mdpl dikawasan perbukitan Menoreh.

2.30 P.M : berhenti tepi jalan untuk Lunch, kali ini kami ingin menikmati masakan Bakso dan Mee Ayam yang sememangnya famous di sini, sepanjang perjalanan sentiasa ada gerai-gerai Bakso dan Mee Ayam, oleh itu, jangan bersedih kalau terlajak kerana masih banyak lagi gerai-gerai Bakso menanti di hadapan. Hehhe. Kami singgah makan Bakso Krikil dan Mee Ayam di Warung daerah Magelang, kami order menu yang sama, setiap orang makan Bakso Krikil, Mee Ayam dan Air Jeruk Ais. Total semuanya adalah IDR 77k. Seorang IDR 11k sahaja.

4.00 P.M : Tiba di Wisata Alam Kalibiru dengan jayanya, bukan senang hendak sampai ke sini ditambah pula kami sendiri yang memandu, hanya mengharapkan waze sahaja. Hahha.. banyak kali juga kami tersesat jalan, sial tol. Jangan malu bertanya dengan penduduk di sana, malu bertanya sesat jalan la jawabnya. Ok, hendak ke pintu masuk Wisata Alam Kalibiru ini, kena naik Jeep ye ataupun mobil yang CC yang besar kerana hendak ke sana kena melalui jalan yang sangat tinggi curamnya, mencanak naik 90 darjah bak hang. Oleh kerana kami tidak yakin dengan kemampuan van kami sewa itu, terpaksa kami menaiki Jeep yang disediakan di bawah. Setiap orang kena bayar IDR 35K untuk naik Jeep tersebut pergi dan balik.

Perjalanan ke pintu masuk Wisata Alam Kalibiru mengambil masa dalam 10-15 minit sahaja. Tiket masuk Wisata Alam Kalibiru ini adalah IDR 5K seorang. Sedihnya kami kerana tidak dapat mengambil gambar di Spot 1,2 dan 3 yang diviral media sosial kerana ketika itu sudah ramai orang menunggu giliran dan pintu akan ditutup pada jam 6 Petang. Jadinya kami tidak sempat la jawabnya. Oh ya, spot-spot tadi itu dikenakan bayaran ye kalau hendak naik bergambar di situ, harga dari IDR 15k – IDR 30k kerana ada photographer yang akan mengambil gambar kita. Tapi tidak mengapa, kami masih boleh bergambar juga berdekatan spot tersebut, hehhe. Asalkan nampak pemandangannya sudah memandai.huhu.

Di kalibiru ini, banyak gerai makan, kedai runcit, dan kemudahan seperti bilik air, tandas, tempat rehat, surau serta banyak aktiviti yang korang boleh main seperti Flying Fox, Canopy Walk dan sebagainya. Kebiasaanya orang yang datang sini hanya ambil foto kerana keindahan pemandangannya yang memukau untuk diabdikan.

6.00 P.M : bergegas ke Pantai Kesirat,Gunung Kidul untuk bermalam di situ. Jarak dari Kalibiru ke Pantai Kesirat adalah 68.5 KM iaitu kira-kira 2 jam hendak tiba ke sana. Sebelum itu, kami berhenti di kedai runcit untuk membeli Air Mineral botol besar 1.5 Liter sekotak ( 12 Botol ) berharga IDR 43,500K. Dalam perjalanan ke Pantai Kesirat, jalan berbukit-bukit dan berliku-liku, kiri kanan hutan, maklumlah kawasan gunung, agak menyeramkan juga ditambah pula van semput-semput gagahi juga membawa kami seramai 7 orang ini. Hahaha.

8.00 P.M : Setelah bertanya hampir 3 orang penduduk di kawasan itu, maka sampailah kami di tempat yang dituju, tetapi kena melalui tol, ada budak yang jaga tol tersebut, nak melaluinya kena bayar IDR 15K, lebih kurang 15 minit sahaja kami sampai di Pantai Kesirat tersebut. Setibanya di sana, memang keadaan sekelilingi gelap gelita, hanya kedengaran bunyi ombak memukul tebing dengan derasnya serta angin pantai berlalu denagn dinginnya. Tenang sekali ketika itu. Sebelum kami ada dalam 3 group yang datang awal dari kami bercamping disitu juga. Kami mencari port yang baik punya untuk mendirikan khemah dan bermalam di situ.

Kenapa bermalam di Pantai Kesirat ? Tidak pernah dengar pun. Femes ke pantai tu? Haaaa…, dah nama pun pengembaraan, mestilah mencari sesuatu tempat yang tidak ramai orang tahu bahkan sesetengah penduduk Jogjakarta sendiri pun tidak tahu Pantai Kesirat ini, apatah lagi orang dari negara lain, hehhe. Ok, Pantai Kesirat ni berbeza dari pantai-pantai lain kerana pantai Kesirat ini tidak mempunyai pasir pantai tetapi hanya mempunyai tebing tinggi yang berbataskan terus dengan air laut. Oleh kerana itulah bila ombak datang terus memukul kuat di tebing sehingga terpecik airnya. Biasanya orang datang ke sini untuk memancing dan bercamping menikmati sunset, kononnya sunset di sini cantik banget. Tebing ini mempunyai satu sahaja Pokok Tunggal yang mana menjadi satu mercu tanda pantai ini.

9.00 P.M : Selesai mendirikan khemah masing-masing, kami memasak Instant Food iaitu nasi, Sardin dan Chicken Curry yang dibawa dari Malaysia. Juga membuat unggun api untuk menghalau nyamuk dan binatang buas. Kami makan penuh berselera, masakan tidak sepanjang hari penat berjalan.

10.00 P.M : Selesai dinner, kami membentangkan perbelanjaan yang telah dikeluarkan, sebenarnya setiap perbelanjaan kami keluarkan dibiayai dahulu oleh salah seorang daripada kami. Contohnya beli Sim Card, aku dahulukan duit aku, untuk Minyak van member aku Khidir dahulukan duitnya dahulu, untuk tiket dan kos-kos sebelum ini kami dahulukan duit dan bayar sekaligus. Oleh itu, kami duduk membulat membentangkan kos yang telah dikeluarkan dan berapa jumlah yang perlu di bayar balik. Sedikit kekeliruan kerana hendak membayar balik bukannya mudah kerana setiap orang tidak ada duit kecil, jadinya agak susah untuk membayar balik. Datangnya seorang member aku ini yang bernama Zahid, dialah yang memberi solusi cara menangani masalah ini. Aku nak cerita pun tidak reti, tapi yang pasti, semua hutang-hutang settle dengan jayanya. Huhuhu. Kredit kepada beliau.

11.00 P.M : Mata sudah mengantuk, tidur dalam khemah masing-masing.Oh ya, di sini tiada langsung coverage Internet tau, so korang janganlah mimpi nak update facebook time nie.. kikikii

🔴Total hangus Hari Kedua :

🔹Lunch Bakso,Mee Ayam,Air Jeruk Ais : IDR 11k per pax
🔹Tambang Jeep pergi dan balik : IDR 35K per pax
🔹Tiket Masuk Kalibiru : IDR 5K per pax
🔹Air Mineral 1.5L Sekotak ( 12 botol ) : IDR 43,500K ( IDR 6,215K per pax )
🔹Tol masuk Pantai Kesirat : IDR 15K ( IDR 2,143K per pax )

🔴Total : IDR 59,358 per pax
( RM 18 )

Hari Ketiga, Selasa ( 6/9/2016 )

 

6.00 A.M : Bangun dan mengambil foto keindahan Pantai Kesirat, sunrise tidak nampak di sini, biasanya orang datang ke Pantai Kesirat untuk menikmati sunset. Apapun masih tetap cantik pemandangan di sini, sungguh tenang sekali.

7.00 A.M : breakfast kami goreng cucur ikan bilis, kami dah pulang emak buat cucur, mudah saja tambah air, adun sebati, goreng dan sedia, tepung cucur adabi rasanya.. hahha ternyanyi pula. Memang menyelerakan cucur kami buat, habis licin.

8.00 A.M : mengemas dan bersiap-siap menuju ke Pantai Timang, Tepus. Jarak dari Pantai Kesirat ke Pantai Timang adalah 55.7 KM kira-kira 1 jam 40 minit masa perjalanan untuk tiba ke sana. Semasa hendak keluar dari parking Pantai Kesirat, kami kena bayar untuk parking tersebut sebanyak IDR 15K.

Ok, Perjalanan ke sana kami kena melalui beberapa pantai seperti Pantai Baron, Pantai Kukup, Pantai Sepanjang, Pantai Drini dan banyaklah. Dalam perjalanan itu juga kami kena bayar permit keluar masuk Gunung Kidul iaitu IDR 10K seorang.

10.45 A.M : Kami sudah hampir tiba ke destinasi, jalannya MasyaAllah, teruk sekali, berbatu batu tidak sekata, kami risau juga jika tayar van dibuatnya pecah, matilanak.. Tibanya di tempat parking, kami kena membonceng ojek( motor ) untuk ke Pulau Timang tersebut kerana jalannya amat teruk sekali, andaikata jerawat di muka korang sangat teruk, teruk lagi jalan ke Pulau Timang ini.

Membayar tambang Ojek pergi dan balik adalah IDR 30K seorang. Kami beramai- ramai membonceng ojek dan menuju ke Pulau Timang, kira-kira dalam 10 minit sampailah ke Pulau Timang dari tempat parking tadi.

11.00 A.M : Menuju ke pondok diorang dan memberitahu hendak naik Gondola. Ok, korang mesti nak tahu kan apa yang bestnya Pulau Timang nie. Kunjungan ke Jogjakarta tak lengkap jika anda tak berkunjung ke Pantai Timang. Mengapa? Ia merupakan sebuah kawasan pantai yang sangat indah, dipenuhi dengan pasir putih dan juga deretan batu-batuan yang sangat eksotik!

Tambah menarik, kini pelancong dibenarkan untuk menaiki gondola tradisional yang begitu mencabar dan boleh dikatakan sangat menakutkan!

Hanya dibina daripada kayu, sebenarnya gondola ini digunakan oleh penduduk tempatan untuk mencari lobster dari pantai Timang ke Pulau Watu Panjang di seberangnya.

Harga untuk naik gondola ini adalah IDR 200K seorang, kalau orang tempatan harga IDR 150K seorang. Mahal ?? bagi aku harga itu berbaloi kerana gondola itu diorang tarik guna tenaga diorang okai, langsung tidak menggunakan bantuan mesin, 100% guna sepenuh kudrat mereka. Korang ingat tak penat ka tarik gondola sejauh 200 meter ditambah pula dengan berat korang lagi. huhuu.

Hurm, aku mungkin dilahirkan tanpa rasa gayat, sebab aku sedikitpun tidak takut naik gondola tersebut walaupun bawah tu laut bergelora bagaikan Raja Laut mengamuk dan murka. Kalau orang lain kemungkinan rasa ngeri juga la.

Setelah puas bergambar dan berselfie di Pulau Timang, kami bergegas balik dan membonceng ojek tadi kembali ke tempat parking van.

1.00 P.M : Kami membayar parking van tadi sebanyak IDR 5K, dan terus menuju ke Malioboro. Jarak dari Pulau Timang ke Malioboro adalah 67.8 KM iaitu kira-kira 2 jam 20 minit untuk tiba ke sana.

3.00 P.M : Akhirnya kami sampai juga di tempat shopping yang femes di Malioboro setelah puas bertanya orang di mana arahnya. Tambahan pula Internet kami buat hal, tidak boleh nak mengakses internet, kemungkinan data sudah habis. huhuuu..

Kami parking van di tempat parking Malioboro Mall, tiket parking IDR 2K untuk sejam pertama. Kami tidak boleh lama-lama di sini kerana kami harus check in flight kami departure jam 5.15 petang. Oleh itu kami hanya spend satu jam sahaja untuk shopping.

Malioboro street nie merupakan pusat beli belah yang terkenal di Jogjakarta dengan harga barangannya yang murah dan boleh dikatakan syurga beli belah. Memang rambang mata kami dibuatnya, di sini terkenal dengan pelbagai aneka cendera mata dan kraftangan seperti kain batik, barangan rotan, telekung batik, keychain, tshirt dan banyak lagi. Hampa sungguh di sini kami tidak nampak langsung Fridge Magnet, aku kalau pergi tempat orang memang selalu beli bendalah ni sebagai bukti dan tanda aku pergi ke tempat tersebut. huhuu.. kepuasan dia lain macam weh.

Hampir satu jam kami bershopping, inilah hasil tangkapan aku :
baju jogja sehelai IDR 30K
wallet batik IDR 30k for 3pcs
keychain IDR 10k (10 pcs )murah bak hang.. huhuu

4.00 P.M : terus menuju ke Adisucipto International Airport untuk check in. Jarak dari Malioboro City ke Airport adalah 2.3 KM sahaja kira-kira hanya 16 minit untuk tiba ke sana.

Oleh kerana internet kami tidak berfungsi, kami hanya melihat signboard sahaja. Nasib baik jumpa juga. Semasa internet masih ok, aku sempat whatsaap Mas Rian untuk menunggu kami di Airport jam 4 petang.

Oh ya, nak drop kereta di Airport kena bayar tau, sial tol, kat Malaysia pun takde la sekejam ini, habis semua benda nak kena bayar. ini korang kena bersabar la ye.
Harga drop kereta IDR 4K, penjaga tunggu betul-betul di hadapan pintu masuk airport, nak tak nak kena bayar la walaupun kami hanya ingin pulangkan van je. Kalau hendak parking kereta kena bayar IDR 80k. hahahha.

4.15 p.m : kami settlekan urusan sewa van tersebut dan membayar duit sewa selama kami menyewa 3 hari iaitu sebanyak IDR 750k. Mas Rian mengucapkan terima kasih dan memberi balik Kad Pengenalan kami semua.

Kami bergegas masuk ke dalam airport untuk urusan check in, Alhamdulillah, nasib baik sempat. Oh ya, diingatkan kepada semua, anda dilarang hand carry batang monopod, batang go pro, batang hiking, dan seumpama dengannya dalam kapal. Haruss di check in ya, jika tidak mahu kena dirampas. huhuu

Setelah kami masuk boarding, dalamnya masih ada kedai-kedai menjual cenderamata,makan minum dan sebagainya. Jeng jeng akhirnya aku sudah nampak Fridge Magnet yang aku tercari-cari dari tadi, aku pun rembat satu Fridge magnet yang bertulis perkataan Jogja.. hehhe.. Harganya IDR 20K. Normal price dan tidak murah sebenarnya. Biasalah, dalam airport kannn.. huhu.

5.00 P.M : masuk ke dalam gate dan scan banggage hand carry buat kali terakhir, depan aku ada sorang mamat ini sangkut dia punya bagpack kerana melebihi 7KG, dan didenda sebanyak RM100 wehh !! gila kau, memang betul-betul ketat undang-undang kat sini.
So, korang kena beringatlah, kalau tidak mahu duit terbang melayang begitu sahaja.

5.15 p.m : Fly balik ke Kuala Lumpur, dalam perjalanan balik kami tidur tak hingat dunia, siap berdengkur lagi, lantaklah. janji puas !! haahaha

Misi pengembaraan kami selesai dengan jayanya. yeayy🤗🤗

Total hangus Hari Ketiga :

🔹tiket parking pntai kesirat : ( IDR 15k ) IDR 2,142k per pax
🔹entrance wisata gunung kidul : IDR 10k per pax
🔹ojek ke pulau timang : IDR 30k per pax
🔹parking van pulau timang : ( IDR 5k ) IDR 714 per pax
🔹gondola entrance : IDR 200k per pax
🔹parking di mall malioboro : (IDR 2k ) IDR 286 per pax
🔹drop van di airport : ( IDR 4k ) IDR 572 per pax
🔹van sewa : IDR 750k ( IDR 107,143k )

🔴Total : IDR 350,857K per pax ( RM110 )

Total keseluruhan 3 hari

Hari Pertama : IDR 67,428K
Hari Kedua : IDR 59,358K
Hari Ketiga : IDR 350,857K
+ makanan dan bahan-bahan memasak yang beli dari Malaysia ( RM20 per pax )

Total : RM169 per person

Kredit: FB Mohd Amir Izzat

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas