Connect with us

Oh! Media

PLUG: Pek Bateri yang berkuasa tinggi dengan kapasiti 48,000mAh

Umum

PLUG: Pek Bateri yang berkuasa tinggi dengan kapasiti 48,000mAh

Plug

ADVERTISEMENT

Beteri Pek mudah alih ataupun protective cases adalah sangat berguna bukan hanya untuk pengguna smart phone malah untuk peranti mudah alih yang lain juga. Jelas sekali untuk gedget yang besar, Pek beteri juga perlulah besar. Syarikat yang berpangkalan di Pantai New Port, Amerika ini telah mengeluarkan sebuah teknologi pek beteri yang sangat kuat. Idea ini adalah untuk mengubah soket dinding anda menjadi satu pek bateri berkapasiti tinggi.

Secara rasminya ia dipanggil sebagai PLUG, pek beteri ini didatangkan dengan dua soket dinding AC dan panel solar untuk mengecas kuasa melalui teknologi hijau. Ia dikatakan telah menjadi inovasi kejayaan dalam kuasa mudah alih. Dengan mempunyai kapasiti 48,000mAh, sel beteri Tesla, port khas pengecasan semula, 2 USB Port Fast Charge, dan lampu LED penunjuk kuasa.

PLUG boleh dikatakan sebagai soket rumah bergerak yang membolehkan anda untuk mengembara tanpa rasa kebimbangan.Cara terbaik bagi yang sentiasa on-the-go, meneroka hutan, namun masih mahu terus berhubung dengan dunia moden.

Plug

Sehebat manakah PLUG? Ia mampu mengecas komputer riba sehingga 3 kali, tablet 7 kali, telefon 28 kali, Televisyen sehingga 4 jam, Drones 3 kali, DSLR kamera sehingga 30 kali dan mini peti sejuk mencecah sehingga 8 jam.

  
SUMBER: Indiegogo

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas