Connect with us

Oh! Media

Demi Menjaga Ayah Sakit, Seorang Pemuda Sanggup Korbankan Kerjaya

Umum

Demi Menjaga Ayah Sakit, Seorang Pemuda Sanggup Korbankan Kerjaya

Kebanyakan orang lebih mementingkan kerjaya daripada ibubapa mereka di kampung halaman. Namun demi kasih sayang terhadap bapanya yang menghidap penyakit angin ahmar sejak sebulan lebih, pemuda ini sanggup mengetepikan kerjaya beliau.

ADVERTISEMENT

Iwan Hafizi Zamrud Hisham, 24, yang bekerja secara kontrak dengan syarikat minyak dan gas sejak empat tahun lalu sepatutnya kembali bekerja pada awal bulan ini. Namun dia menolak kerana ingin menjaga bapanya, Zamrud Hisham Ahmed, 54, yang lumpuh sebelah kiri badan.

“Pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan) mendapati bahawa terdapat gumpalan darah beku di bahagian kepala ayahnya dan dia dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) selama 10 hari.

“Alhamdulillah selepas membuat rawatan tradisional dengan memanggil tukang urut dan menjalani fisioterapi setiap dua minggu di HRPZII keadaan ayah sudah banyak berubah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Berek 12.

Ketika itu, Tuan Mat Tuan Kub selaku Timbalan Ketua Cawangan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVTM) melawat keluarga berkenaan. Menurut anak ketiga daripada empat adik beradik ini, ayah banyak berkorban dan melakukan perlbagai kerja untuk menampung mereka sekeluarga selepas bersara sebagai anggota tentera pada 2007.

“Kini biarlah saya yang mengambil alih menjaga serta menguruskannya, memandangkan abang dan kakak saya bekerja di Kuala Lumpur, manakala ibu, Wan Hasnah Wan Daud, 55, pula mempunyai penyakit darah tinggi selain tidak boleh terlalu penat.

“Namun ada ketikanya, saya dibantu oleh ibu dan adik bongsu, Imran Hanif Zamrud Hisham, 18, menguruskan keperluan ayah termasuk menukar lampin pakai buang serta memandikannya.

“Perbelanjaan bulanan ayah seperti tambang ambulans setiap kali menghadiri temujanji di hospital selain kos membeli lampin pakai buang sedikit ringan apabila ayah saya mendapat pencen RM800 sebulan, manakala ibu yang juga pesara jururawat di HRPZiI turut memperoleh wang pencen RM1,900 sebulan,” katannya.

Ketika ditanya sama ada timbul atau tidak perasaan menyesal atas pengorbanan yang dilakukan itu, Iwan Hafizi berkata keputusan itu dibuat selepas memikirkan semasak-masaknya malah tidak pernah timbul rasa kesal.

“Buat sementara ini, biarlah saya terus berkorban bagi memastikan ayah tidak terabai dan sudah semestinya sebagai anak wajib menjalankan tanggungjawab menjaganya,” katanya.

Kredit : Harianmetro

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas