Connect with us

Oh! Media

Messi Bakal Sertai PSG?

Umum

Messi Bakal Sertai PSG?

Siapa tak kenal dengan Messi yang merupakan salah seorang pemain bola paling berbakat di dunia selain telah memenangi banyak anugerah dari segi pencapaian kelab serta individu.

ADVERTISEMENT

Baru-baru ini kecoh kelab dari Perancis, Paris Saint-Germain, PSG telah menawarkan kontrak selama 3 tahun kepada pemain Barcelona itu untuk menyertai kelab itu.

Kontrak Lionel Messi, 33, akan berakhir pada penghujung musim ini dan setakat ini, beliau masih belum menandatangani kontrak baharu bersama Barcelona sekaligus memberikan harapan kepada PSG untuk mendapatkan pemenang anugerah Ballon d’Or sebanyak enam kali itu.

Messi atau nama sebenarnya Lionel Andrés Messi pernah membuat permohonan untuk berpindah keluar dari Barcelona pada musim panas lalu sebelum beliau membatalkan permohonan itu, ramai menjangkakan bahawa beliau akan berpindah.

PSG perlu mendapatkan Messi kerana pemain penyerang mereka, Neymar dilaporkan hanya akan menandatangani kontrak baru jika kelab itu berjaya mendapatkan Messi dan sudah semestinya PSG tidak mahu melepaskan ayam tambatan mereka.

Walaubagaimanapun, penyerang Brazil itu mendedahkan rundingan kontraknya dengan PSG hampir selesai dan dia mungkin akan bergandingan dengan Messi untuk kali kedua.

Pengurus PSG, Mauricio Pochettino, menegaskan bahawa kehadiran Messi akan memberikan peluang kepada kelab itu untuk memenangi trofi semula.

Bagaimanpun di kem Barcelona, mereka menyatakan bahawa Messi akan kekal di kelab Catalan itu.

Presiden Barca Juan Laporta yakin Messi akan terus kekal bersama Barcelona

Presiden Barca Juan Laporta berkata beliau yakin Messi akan terus kekal di Barcelona selepas kelab itu baru sahaja menjulang Piala Raja Sepanyol Sabtu lalu yang mana Messi berjaya meledak dua gol ketika menang 4-0 menentang Athletic Bilbao.

Sementara itu, PSG juga dikhabarkan bakal membawa masuk Cristiano Ronaldo dari Juventus bagi memperkuatkan jentera serangan mereka. Sudah semestinya gandingan Messi dan Ronaldo bakal mencetuskan fonomena baru dalam bola sepak antarabangsa.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas