Connect with us

Oh! Media

Nenek Berusia 71 Tahun Obses Angkat Beban

Umum

Nenek Berusia 71 Tahun Obses Angkat Beban

Nenek merupakan seorang insan berusia yang lemah lembut dalam melayan karenah cucu-cucunya. Sering juga kita bersama nenek untuk meluahkan masalah untuk mencari jalan penyelesaian dan juga pandai dalam memasak makanan kegemaran kita.

ADVERTISEMENT

Lain pula cerita seorang nenek berusia 71 tahun yang berasal dari Trumbull, Connecticut, yang begitu ketagih dengan aktiviti mengangkat beban di gimnasium selain turut dinobatkan sebagai salah seorang nenek yang terkuat di dunia.

Wanita itu dikenali sebagai Mary Duffy mengakui bahawa dia telah menghabiskan 20 jam seminggu di Gimnasium semenjak dia berusia 59 tahun.

Mary Duffy diiktiraf antara nenek terkuat di dunia

Punca Mary pergi ke gimnasium pada awalnya hanyalah untuk menurunkan berat badannya, akan tetapi menjadi ketagih sehingga berjaya mendapat badan yang sasa.

Meskipun Mary mampu mengangkat apa yang boleh diangkat oleh lelaki yang separuh dari umurnya, dia sering diberitahu sudah terlalu tua untuk bersenam di gimnasium.

Walaubagaimanapun, dia baru-baru berjaya menepis pandangan orang awam berkaitan umurnya apabila berjaya mencatatkan rekod dunia dengan mengangkat beban seberat 113 kilogram yang mana jumlah itu lebih berat daripada seekor anak gajah.

Mary Duffy mengakui menghabiskan 20 jam seminggu di gimnasium

Saya mula serius ke gimnasium kira-kira 10 tahun lalu selepas saya sedar berat badan telah naik.”Selepas mencapai berat ideal, saya sedar saya mula ketagih untuk mengangkat beban dan membina otot.

Menurut Mary, dia akan berhenti dari melakukan kegiatan mengangkat beban ini jika dia mengalami masalah kesihatan. Jika tidak, dia akan tetap meneruskan ketagihannya.

Kredit: Kosmo!, The Sun

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas