Connect with us

Oh! Media

“Saya Dianiaya, Ini Semua Fitnah” – Jeritan Bapa Zayn Rayyan Di Mahkamah

zayn rayyan

Trending

“Saya Dianiaya, Ini Semua Fitnah” – Jeritan Bapa Zayn Rayyan Di Mahkamah

Hari ini, ibu bapa Zayn Rayyan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret bagi tuduhan membunuh anak mereka sendiri, Zayn Rayyan Abdul Matin.

ADVERTISEMENT

Sewaktu bapa Zayn melalui ruang legar mahakamah, dia menjerit, “Saya dianiaya, ini semua fitnah”, berulang kali.

Jeritan bapa Zayn ini mengundang jeritan daripada ahli keluarganya yang berkumpul di luar mahkamah. Ahli keluarga juga dilihat memegang kain rentang bertulis ‘Justice Zaim dan Isma’.

Dalam pada itu, ibu kepada bapa Zayn turut menjerit dan mengharapkan keadilan buat anak lelakinya itu.

“Kami mahu pembunuh yang sebenar, ibu tahu Zaim tidak salah.”

Setakat ini, pihak polis juga akan membuat permohonan di mahkamah untuk sambung reman ke atas ibu bapa Zayn bagi membantu siasatan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas