Oh! Tidak
Lima Ahli Keluarga Lelaki Serang Balai Polis Dihadapkan Ke Mahkamah
Sebelum ini kita dikejutkan dengan satu serangan di Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua orang anggota dan suspek turut ditembak mati di tempat kejadian.
BACA: Dua Anggota Polis Maut, Seorang Cedera Parah Diserang Lelaki Bertopeng Di Balai Polis Ulu Tiram
Hari ini, lima ahli keluarga penyerang dilihat tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru bagi menghadapi beberapa pertuduhan termasuk Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan.
Kelima-lima mereka dilihat dikawal ketat lebih 30 anggota polis.
Antara yang dilihat adalah ibu, bapa, abang, kakak dan adik kepada penyerang dan mereka ditahan di bawah SOSMA selama 28 hari sebelum ini.

Pada 24 Mei lalu, semua lima ahli keluarga lelaki yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, itu dilaporkan ditahan dan disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), selepas tempoh reman mereka berakhir pada hari yang sama.
Kredit: Berita Harian
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM