Connect with us

Oh! Media

Polis Tahan 2 Pelajar IPT Disyaki Terlibat Dalam Kes Serangan Balai Polis

polis

Trending

Polis Tahan 2 Pelajar IPT Disyaki Terlibat Dalam Kes Serangan Balai Polis

Al-Fatihah kita sedekahkan buat dua orang anggota polis yang terkorban dalam satu serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi. Terkini, dua orang pelajar IPT turut ditahan bagi membantu siasatan.

ADVERTISEMENT

BACA: Dua Anggota Polis Maut, Seorang Cedera Parah Diserang Lelaki Bertopeng Di Balai Polis Ulu Tiram

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain di mana kedua-dua pelajar terbabit telah datang ke balai polis untuk membuat laporan sebelum kejadian berlaku.

Pelajar terbabit masing-masing lelaki dan perempuan berusia 21 dan 22 tahun membuat laporan mengenai kes cabul yang berlaku dua tahun lalu. Sewaktu laporan itu dilakukan, suspek mula masuk ke balai menaiki motosikal terus ke belakang balai.

Seorangg anggota pergi ke bahagian untuk memeriksa sebelum ditetak mati suspek. Dia kemudian ambil senjata api anggota berkenaan.

Dua anggota cegah jenayah telah dimaklumkan mengenai serangan itu sebelum mereka tiba di lokasi dan berlaku tembak menembak.

Akibat insiden tembak menembak itu, seorang lagi anggota maut peluru yang terkena di bahagian pipi tembus di kepala.

Namun seorang lagi anggota berjaya menembak mati suspek.

Disebabkan itu, pihak polis menahan dua pelajar terbabit kerana tidak logik mereka berdua hadir ke balas polis pada jam 2.30 pagi untuk melaporkan kejadian dua tahun lepas.

Kredit: BuletinTV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas