Connect with us

Oh! Media

Kad jemputan pertunangan Ruhainies dan Aliff Aziz

Trending

Tular Kad Jemputan Pertunangan Aliff Aziz Dan Ruhainies Di Media Sosial?

Tular di media sosial kad jemputan pertunangan pelakan, Ruhainies dan Aliff Aziz telah mengundang perhatian ramai. Biar betul?

Menerusi Instagram, Ruhainies tampil menafikan perkara itu dan berkata dirinya berasa terkilan dengan segelintir individu yang menyebarkan fitnah itu.

IKLAN

Ruhainies juga tidak menghalalkan pihak itu mempromosikan perniagaan mereka dengan menggunakan namanya tanpa izin untuk meraih publisiti.

Bukan tu jer, pelakon itu juga akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya hantaran menunjukkan kad digital pertunangan itu tidak dipadam.

Dan saya tidak akan halalkan awak berbisness dengan cara menggunakan nama saya untuk tujuan viralkan bisnes awak. Saya tidak akan halalkan.

Terlalu lama saya mendiamkan diri dan membiarkan orang mereka cerita fitnah macam-macam tentang saya. 

Terlalu banyak juga media dan bloggers yang tidak bertanggungjaab membuat artikel tanpa interview saya dan pembaca menganggap perkara yang dikeluarkan adalah benar.

Ingin saya tegaskan disini, segala apa artikel yang dikeluarkan selama ini yang bukan interview dari mulut saya yang telah dikeluarkan adalah palsu.

Kredit: Instagram Ruhainies | Oh! Bulan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas