Connect with us

Oh! Media

shuhada

Oh! Artis

“Jangan Asyik Berseronok Je” – Liat Bayar Nafkah Anak, Shuhada ‘Sekolahkan’ Hafidz Roshdi

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Shuhada Shukri memohon lelaki itu melunaskan tanggungjawab memberi nafkah kepada dua anak mereka.

BACA: “Allah Allah Sorry” – Shuhada Shukri Terlepas Cakap Lagi

IKLAN

Dalam hantaran di Instagram, Shuhada memuat naik perbualan dengan ejen takaful memberitahu insurans anak sudah lapse (luput) kerana tidak dibayar.

Dalam pendedahan itu, Shuhada memaklumkan yuran sekolah anak turut ditanggung dirinya sepenuhnya.

Katanya, dia sudah menghubungi bekas suami secara peribadi tetapi tiada tindakan diambil. Shuhada memohon Hafidz menjalankan tanggungjawab sebagai bapa meskipun kes mahkamah masih berjalan.

Pengurusan sekolah semestinya mencari bapa kepada students, jadi kalau nak tunggu keputusan mahkamah, Umar dengan Humairah tak perlu makan? Tak perlu sekolah?

Dakwa Shuhada lagi, selama ini dia berusaha mencari duit untuk anak-anak sambil dibantu oleh kedua ibu bapanya.

hafidz roshdi

Shuhada memberi peringatan kepada Hafidz supaya melunaskan nafkah memandangkan lelaki itu sudah kembali berlakon.

Kata Shuhada, tiada alasan periuk nasi tertutup kerana diri sendiri yang menjadi punca kepada masalah itu.

Ujarnya, kedua-dua anak mereka tidak sepatutnya menjadi mangsa dan pemilihan sekolah dibuat berdasarkan nasihat daripada pakar psikiatri untuk menjaga emosi mereka.

hafidz roshdi
shuhada shukri

Fuh, panjang lebar Shuhada ‘sekolahkan’ Hafidz bab nafkah anak-anak. Iyalah, sebagai seorang ibu dia berhak menuntut hak anak kan? Semoga segala urusan dipermudahkan untuk kedua-dua belah pihak.

Kredit: Instagram shushukriii

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas