Connect with us

Oh! Media

baju olimpik

Trending

“Bergantung Dengan Bajet” – Pakaian Rasmi Kontinjen Ke Olimpik Paris Dikecam, Ini Respon MOM

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memaklumkan pihak KBS tidak bertanggungjawab dalam rekaan pakaian rasmi kontinjen Malaysia.

ADVERTISEMENT

Katanya, keputusan dibuat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan ianya hasil kerjasama dengan pengeluar barangan sukan ternama iaitu Yonex.

BACA: “Baju Family Day Ke Ni?” – Netizen Terkejut Tengok Baju Rasmi Kontinjen Malaysia Ke Olimpik Paris

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Mohd Nazifuddin Najib pula menjelaskan, pemilihan pakaian rasmi itu dibuat selepas MOM dan pihak penaja berbincang mengenai beberapa faktor antaranya kos yang dikeluarkan.

olimpik paris

Pihaknya tertakluk kepada apa yang boleh diberikan penaja dalam keadaan pengehadan tertentu. Jelas beliau lagi, ini bukan peruntukan daripada kerajaan atau wang daripada siapa-siapa, tetapi ihsan daripada penaja.

Ia (juga) bergantung dengan bajet. Kalau nak terbaik atau premium, itu menjadi faktor kos kepada penaja jadi ia perlu dipertimbangkan.

Meskipun berdepan kekangan tertentu, pakaian rasmi kontinjen negara ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 dibangunkan dengan mengambil kira konsep rekaan terkini.

Untuk sementara ini, pakaian rasmi itu akan digunakan kontinjen ke Paris tetapi pakaian untuk upacara pembukaan berbeza, pakaian rasmi ini cuma untuk digunakan sewaktu temasya dalam perjalanan ke venue pertandingan.

Beliau berkata, rekaan terbaharu itu akan digunakan buat kali pertama semasa temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Pihaknya akan mendapatkan respon daripada pemegang taruh, atlet dan pegawai sukan mengenai reaksi yang diterima mengenai pakaian itu.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas