Connect with us

Oh! Media

polis

Trending

Dua Anggota Polis Maut, Seorang Cedera Parah Diserang Lelaki Bertopeng Di Balai Polis Ulu Tiram

Negara hari ini gempar dengan berita serangan lelaki bertopeng menggunakan senjata parang di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.

ADVERTISEMENT

Suspek dilaporkan mencederakan dua anggota polis bertugas sebelum merampas dua laras senjata iaitu pistol Walther P99 dan HK MP5.

Suspek kemudian melepaskan dua das tembakan mengenai anggota polis bertugas.

Kejadian awal pagi Jumaat itu menyebabkan seorang konstabel dipercayai telah meninggal dunia kerana ditetak di bahagian belakang leher dan kepala.

Seorang lagi anggota polis berpangkat konstabel dipercayai maut kerana ditembak di bahagian perut dan lengan.

Manakala seorang aggota yang turut ditembak cedera parah dan kini berada di zon merah sebuah hospital.

Suspek pula dipercayai telah ditembak mati dan pihak polis merampas dua senjata iaitu sepucuk pistol jenis Walther P99 dan selaras HK MP5.

Terdahulu, dua anggota polis yang bertugas di pusat kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 2.54 pagi.

Panggilan itu dibuat oleh seorang lelaki tempatan memaklumkan anggota polis dipukul di Balai Polis Ulu Tiram.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas