Biasanya kita dengar bila kehilangan sesuatu, Allah akan ganti dengan yang lebih baik. Tapi tidak untuk seorang lelaki yang bekerja di offshore. Apa kes pulak ni?
BACA: “Penat Cari Duit Untuk Dia” – Suami Kerja Offshore Kecewa Lihat Isteri Tunang Dengan Lelaki Lain
Tular di aplikasi X, seorang lelaki meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat menatap wajah ibu dan ayah buat kali terakhir disebabkan kerjanya.
Tak sempat habis fasa bersedih, sekali lagi dia dikejutkan dengan fakta bahawa isterinya curang dengan lelaki lain ketika dia masih berada di Portugal dan masih sibuk bekerja.
Aku dapat satu WhatsApp dari jiran aku, dia tanya aku dah balik ke, sebab asyik terdengar suara laki dari sebelah.
Aku suruh jiran tangkap gambar atau video tunjuk pada aku.
Katanya, lepas terima semua bukti yang dirakam oleh jiran, dia ambil keputusan untuk balik ke Malaysia dan meminta jirannya untuk teman menerjah isteri dan skandal.
Hati aku terus rasa berdebar lepas tengok, tak rasa nak bekerja sebab huru-hara dalam kepala.
Sementara tunggu depan rumah tu, aku nampak laki tu keluar dari rumah aku sambil cium pipi bini aku, dengan baran dalam hati ni, aku jerit..
Selepas diterjah, isterinya berlari lintang-pukang masuk ke dalam rumah manakala lelaki tersebut disiasat oleh si suami.
Aku cakap baik-baik sebab laki tu jujur everything, dia dah 4 bulan duduk rumah tu dengan bini aku, lebih dari cium dia dah pernah buat.
Kemudian, aku jumpa isteri aku di dalam dan tanya kenapa dia buat macam tu. Di cakap sebab sunyi sedangkan dia yang pilih nak kahwin dengan aku walaupun dah bagitahu kerja aku macam mana.
Susulan daripada insiden ini, lelaki tersebut terus menukar nombor telefon dan password media sosialnya serta kembali ke Portugal untuk bekerja.
Allahu… Besarnya ujian abang ni. Semoga dia dapat jumpa orang yang lebih baik dari yang sekarang ni.
Kredit: Aplikasi X
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.