Connect with us

Oh! Media

Jangan Ikut Nafsu! Ini 4 Kereta Bajet, Bayaran Bulanan Rendah Yang Sesuai Untuk Golongan B40

Kereta murah bajet jimat golongan b40 ohmedia

Oh! Gear

Jangan Ikut Nafsu! Ini 4 Kereta Bajet, Bayaran Bulanan Rendah Yang Sesuai Untuk Golongan B40

Zaman sekarang ini kereta dah jadi satu keperluan untuk kita gerak dari satu tempat ke satu tempat dengan mudahnya. Buat korang yang tengah survey kereta tu, jangan pula terlampau ikut nafsu nak beli yang mahal-mahal. Ingatlah peribahasa ini, ‘ukur baju di badan sendiri’. 

Kita nak beli kereta ni bukan setakat tengok bayaran bulanan dia jer, tengok juga kos maintanenceroadtax, insurans, minyak dan sebagainya. Kalau tak, ‘terciduk’ korang nanti! Jadi, ini kami nak kongsikan kereta yang murah, jimat dan sangatlah sesuai untuk korang yang baru bekerja, golongan B40 dan seangkatan dengannya termasuklah diri ini. Kah!

Kereta bajet abad ini, Perodua Axia

24771b07 6472 45d5 bee9 8215a9e5fbe6

Tahu tak korang boleh dapatkan Perodua Axia serendah RM25,000 jer dengan spec E atau nama glamour dia Axia Rahmah. Bulanan pun hanya serendah RM296 jer!

IKLAN
5caa38c6 559e 40c4 b51b 57b0684558c0

Itu kalau spec paling rendah! Untuk spec Advance dengan reka bentuk baru itu pun korang masih boleh beli dengan harga RM45,000. Cuma bulanan dia jauh lah beza kalau dibandingkan dengan spec rahmah tu iaitu RM528. Tapi masih mampu milik dan minyak pun jimat! 

Nampak sporty dan jimat minyak, Perodua Myvi

0e54679c e76b 4d0b 9ad5 f06af8cb8db0

Nak nampak sporty sikit? Ni ada satu model dari Perodua yang dulunya pernah digelar King tapi sekarang tak lagi iaitu Perodua Myvi. Boleh beli Myvi ni tapi ambil lah yang spec 1.3 G tu. Bulanan dia cuma RM591 jer!

D7a52194 0f38 40dc b70a 3dc8b0d9ba7e

Untuk spec 1.5 Advance, harga dia agak mahal iaitu RM62,100 dan bayaran bulanan boleh ‘pergi’ lebih dari RM700. 

Murah untuk yang berkeluarga, Perodua Bezza

73c99b54 46d2 42ff b041 89a22b597748

Untuk yang dah berkeluarga tu, ini ada satu model yang telah merampas gelaran King dari Myvi iaitu Perodua Bezza. Paling sesuai masuk dalam list!

Model Bezza ni bermula dengan harga RM36,000 dengan spec 1.0 G dan bayaran bulanan hanya serendah RM423 jer!

C831532c f253 4849 b208 53c3dd539378

Mungkin ada yang terfikir, ‘larat’ ke 1.0 dengan body sebesar itu? Jangan risau, spec paling atas iaitu Advance pun hanya RM52,000 dan bulanannya adalah RM610. Berbaloi gila dan tak peliklah kalau Bezza ni banyak atas jalan raya!

Kereta keluarga paling murah abad ini, Proton Saga

3dbe7893 f3e7 413e a29e 2acfd85a65be

Mungkin anda merupakan seorang yang dah berkeluarga tapi tak minat dengan jenama Perodua, ini kereta korang, Proton Saga!

Edf2c943 bdaa 4898 bee8 9b9d78402e99

Proton Saga spec 1.3 Standard hanya RM41,000 saja dan bulanannya adalah RM494 jer. Kalau high spec, 1.3 Premium tu pun harganya RM46,200 dan bayaran bulanan dia mahal sikitlah dari spec Standard iaitu RM571. 

Proton Saga ni lagi murah dari Perodua Bezza dan Myvi, tempat letak barang pun besar, handling dia pun mantap! Nikmat apa lagi yang kau dustakan?

Jadi itulah senarai kereta murah, bajet, mampu milik yang takkan memeningkan kepala korang di masa akan datang. Kalau nak cantik sikit, make up lah kereta korang tu nanti. Barulah nampak lain dari yang lain! Apa sekalipun, ingatlah! Sentiasalah ‘ukur baju di badan sendiri’. Assalamualaikum..

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas