Connect with us

Oh! Media

Terkini! Ahli Keluarga Suspek Serang Balai Polis Didakwa Terbabit Ideologi IS 

keluarga suspek serang balai polis didakwa terbabit ideologi is ohmedia

Oh! Tidak

Terkini! Ahli Keluarga Suspek Serang Balai Polis Didakwa Terbabit Ideologi IS 

Sebentar tadi kami melaporkan lima ahli keluarga yang membuat serangan di Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua orang anggota dilihat tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru bagi menghadapi beberapa pertuduhan termasuk Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan 

BACA: Lima Ahli Keluarga Lelaki Serang Balai Polis Dihadapkan Ke Mahkamah

Terbaru! Menurut laporan Harian Metro, mereka berlima didakwa atas sembilan pertuduhan berasingan, termasuk menggalakkan perbuatan pengganas dengan menanam ideologi keganasan kumpulan pengganas Islamic State (IS).

IKLAN

Tertuduh merupakan bapa kepada lelaki berkenaan, Radin Imran Radin Mohd Yassin yang berusia 62 tahun dan ibunya, Rosna Jantan yang berusia 59 tahun yang juga merupakan warga Singapura.

Bukan tu jer, tiga adik beradik lelaki itu, Radin Romyullah Radin Imran yang berusia 34, Farhah Sobrina Radin Imran berusia 23 tahun dan Mariah Radin Imran berusia 19 tahun juga didakwa sekali.

Bapa lelaki itu berhadapan empat pertuduhan termasuk Seksyen 130G (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu menggalakkan perbuatan pengganas dengan menanam ideologi keganasan kumpulan pengganas Islamic State (IS).

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas