Connect with us

Oh! Media

majikan

Oh! Tidak

Wanita Sanggup Tolak Tawaran Gaji RM9,000 Sebab Tak Mahu Diperguna Syarikat?

Melalui platform X baru-baru ini, tular satu ciapan luahan hati seorang wanita yang enggan menerima jawatan di dalam satu syarikat atas alasan ramai pekerja berbangsa Cina.

Kata wanita tersebut, dia telah menolak tawaran gaji sebanyak RM9000 kerana bimbang dipergunakan jika memasuki syarikat terbabit, memandangkan Melayu hanyalah minoriti.

IKLAN

Baru lepas tolak offer company gaji 9k sebab dah tengok company penuh dengan type-c mati aku kena balun nanti.

Difahamkan, dia menolak untuk melalui tempoh percubaan di tempat baru itu kerana melihat komuniti Cina terlalu banyak di syarikat terbabit.

Ciapan tersebut telah menarik perhatian ramai, di mana rata-ratanya meluahkan rasa terkejut kerana wanita itu sanggup melepaskan tawaran gaji yang lumayan hanya kerana bangsa.

Bahkan, netizen percaya jika wanita terbabit terima tawaran itu, dia boleh mendapatkan banyak manfaat jika bekerja di sana.

Kredit: Aplikasi X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas